40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam

40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam
link : 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam

Baca juga


40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memberitahu seramai 40 saksi bakal dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Nam.
 
Perkara itu diberitahu Timbalan pendakwa raya Iskandar Ahmad hari ini di mahkamah Shah Alam, daripada kalangan 40 saksi itu ialah 10 pakar.
 
Hakim Datuk Azmi Ariffin hari ini menetapkan tarikh perbicaraan warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong pada 2 Oktober ini.
 
Iskandar berkata pihak pendakwaan menyerahkan sejumlah 44 dokumen termasuk rakaman kamera litar tutup CCTV kepada peguam mewakili 2 wanita itu.
 
Bagaimanapun, permohonan peguam Doan, Hisyam Teh dan Naran Singh, untuk mendapatkan kenyataan saksi pakar yang bakal dipanggil pendakwa, ditolak pendakwa.
 
Memetik laporan FMT, kedua-dua suspek, Doan dan Siti Aisyah tiba di mahkamah hari ini dengan kawalan ketat polis.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Majistret Sepang memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah.
 
Jong Nam dilaporkan berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila 2 wanita mendekatinya lalu menyapu mukanya dengan cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
 
Wanita itu kemudian dikenal pasti polis sebagai Doan dan Siti Aisyah.
 
Peristiwa pembunuhan Jong Nam mencetuskan krisis diplomatik antara Korea Utara dan Putrajaya.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam

Sekianlah artikel 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 40 saksi bakal beri keterangan kes bunuh Jong Nam dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/40-saksi-bakal-beri-keterangan-kes.html

Subscribe to receive free email updates: