1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !

1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !
link : 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !

Baca juga


1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !

PETALING JAYA: Sebuah mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara 54 bulan ke atas bekas pegawai BSI di republik itu, Yeo Jiawei selepas dia mengaku melakukan kegiatan pengubahan wang, lapor akhbar Straits Times Singapura.
Ia adalah hukuman paling berat pernah dijatuhkan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di Singapura yang turut menyebabkan penutupan 2 bank asing oleh bank pusat negara itu, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).
Yeo sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah cuba mengganggu saksi dalam siasatan Singapura yang dikaitkan dengan 1MDB, Disember lalu.
Terdahulu, Yeo, 34, mengaku bersalah dan disabitkan bersalah, masing-masing terhadap 1 dakwaan pengubahan wang haram dan menipu, dengan mengambil kira 8 pertuduhan lain.
Dia diarah menjalani hukuman penjara serentak dengan hukuman sebelumnya.
Bekas pengurus kekayaan di bank swasta Switzerland, BSI itu ialah “salah seorang suspek utama berpangkalan di Singapura” dalam skandal berkenaan, yang turut disiasat Switzerland dan Amerika Syarikat.
Dalam perbicaraan Yeo mengganggu saksi tahun lalu, pendakwa raya berkata, dia mengumpul lebih S$20 juta (RM62 juta) melalui “keuntungan rahsia” dalam tempoh 15 bulan selepas meninggalkan BSI pada Jun 2014.
Menurut Bloomberg, 5 individu, termasuk Yeo disabitkan bersalah di Singapura, satu-satunya negara yang mendakwa pegawai bank atas pertuduhan jenayah, setakat ini.
Singapura turut mengenakan penalti berjumlah S$29.1 juta ke atas 8 bank susulan siasatan berkaitan 1MDB.
Dakwaan berbilion dolar diseleweng daripada 1MDB mencetuskan skandal di Malaysia membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib yang mengasaskan dana itu dan 1MDB menafikan terbabit sebarang salah laku.
Singapura, hab kewangan serantau, memulakan siasatan ke atas aliran dana haram dikaitkan dengan 1MDB pada 2015 dan menutup operasi 2 bank Switzerland – BSI dan Falcon Private Bank.
Pihak berkuasa Singapura turut merampas aset bernilai hampir AS$180 juta (RM770 juta).
Separuh daripada aset itu dikaitkan dengan Low Taek Jho – lebih dikenali sebagai Jho Low – pembiaya Malaysia yang membantu menubuhkan 1MDB dan memainkan peranan utama dalam keputusannya. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan !

Sekianlah artikel 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Bekas Pegawai "Bank BSI" Singapura "Di Penjara" 54 Bulan ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/1mdb-bekas-pegawai-bank-bsi-singapura.html

Subscribe to receive free email updates: