Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !

Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !
link : Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !

Baca juga


Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam usaha mengekang jenayah siber pada sidang Parlimen akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri dalam negeri itu berkata, draf Akta Keselamatan Siber diserahkan kepada peguam negara semalam dan ia akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.
“Kerajaan serius dalam (menangani) jenayah siber ini kerana ia juga termasuk dalam kuasa pihak agensi penguat kuasa bagi memantau sebarang aktiviti pengambilan (rekrut) pengganas atau dana yang digunakan dari sumber dalam atau luar (negara) bagi keganasan atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) atau lain, termasuk perjudian dalam talian,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha kerajaan menangani aduan berhubung keselamatan siber yang secara purata sebanyak 10,000 kes diterima setahun.
Menurut Zahid, dengan adanya akta itu, kepentingan rakyat sewaktu menggunakan Internet lebih terpelihara dan segala transaksi maklumat dalam talian tidak akan tergugat.
Katanya, dengan adanya Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang menguruskan ancaman keselamatan siber, pemantauan dapat dilakukan setiap masa dan setiap aduan akan diambil tindakan perundangan.
“Kita melihat aspek keselamatan dan perlakuan jenayah sebagai keutamaan kepada kewujudan agensi berpusat ini,” tambah Zahid.
NCSA pada dasarnya berkuat kuasa pada 1 Februari lepas di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen !

Sekianlah artikel Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: "Akta Keselamatan Siber" Akan Di Bentangkan Di Parlimen ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/zahid-akta-keselamatan-siber-akan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :