Judul : YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625
link : YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625
YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625
YotaPhone merupakan telefon pintar yang popular dengan penawaran dwi-skrin – iaitu dihadapan dan belakang. Mereka telah menawarkan peranti mereka untuk pasaran Malaysia sebelum ini, tetapi popularitinya adalah sedikit kurang berbanding sejumlah peranti yang lain.
Walaubagaimanapun, YotaPhone masih tidak berdiam begitu sahaja, dan kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi ketiga mereka tidak lama lagi.
Yota3 dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi 1080p pada bahagian hadapan, dan dilengkapi skrin 5.2-inci 720p E-Ink pada bahagian belakang.
Melengkapkan peranti ini adalah dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, kamera utama 12-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 3200mAh menggunakan pengecasan USB-C, selain dijana dengan Android Nougat.
Buat masa ini, rekaannya masih menjadi tanda tanya. Dengan spesifikasi yang sedikit ketinggalan dalam arena peranti mudah-alih, ia mungkin membuatkan YotaPhone hadir dengan kelebihan tersendiri dalam memenangi hati pengguna.
Yota 3 dijangka diperkenalkan sekitar bulan Oktober atau November kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLGZ6o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625
Anda sekarang membaca artikel YotaPhone 3 Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 625 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/yotaphone-3-akan-hadir-dengan-cip.html