Judul : YA ALLAH. SAYA DAN SUAMI BARU DETIK ALA-ALA EJEN 007 DAN EPISOD KEJAR-MENGEJAR
link : YA ALLAH. SAYA DAN SUAMI BARU DETIK ALA-ALA EJEN 007 DAN EPISOD KEJAR-MENGEJAR
YA ALLAH. SAYA DAN SUAMI BARU DETIK ALA-ALA EJEN 007 DAN EPISOD KEJAR-MENGEJAR
Ya Allah. Saya dan suami baru detik ala-ala ejen 007 dan episod kejar-mengejar.
Selesai bukak kedai hari ni kami tinggal sebentar kedai bagi staff jaga sebab kami nak ke kedai printing. Lepas tu suami singgah di BSN, Bertam indah , Kepala Batas. Selesai suami mengambil duit di ATM, tiba-tiba ada seorang perempuan berbaju kurung biru dan tudung warna senada mengetuk cermin kereta. Saya buka tingkap. Mukanya lingkungan 50an. Gigi agak rongak dihadapan. Badan sedikit gempal.
‘Kak, boleh tolong tolong saya tak ni taktau taktau nak pi mana dia kata dia dok di mana bomba ka apa taktau taktau’
‘Apa kak? Saya tak paham’
Sungguh! Saya tak paham gila apa benda dia cakap. Kalut-kalut semacam. Dia sebut pon berterabur dan macam ada pelat. Dari tuturnya dah boleh diagak dia mungkin ada ciri-ciri khas sama seperti anak-anak murid saya.
Dia bagi hp dia suruh saya dengar voice mesej di wechat. Dengar suara laki cakap tapi tak clear. Suara seperti lelaki muda. Tak lama lepas tu ada sorang laki call dengan nama di skrin ‘Nayan’. Perempuan tu suruh saya angkat.
Nayan tu cakap dia tunggu di balai bomba kepala batas. Baru saya faham. Saya suruh akak tu masuk kereta dan kami pon hantar dia sampai ke balai bomba.
Sampai di balai bomba kelibat laki tu tiada. Saya tanya akak tu laki tu siapa, dia cakap abang dia. (Bermaksud suami agaknya).
Lama tunggu, akak tu pon dah gelisah cuba voice mesej banyak kali tak berjawab. Dia call tak berangkat dia bagi hp dia mintak saya call.
Rupanya, akak tu tak ada lansung nombor Nayan tu. Selama ni cuma call dan mesej melalui wechat sahaja. Saya call melalui wechat, tak lama lepas tu berangkat. Dia cakap dia tunggu di bus terminal, kompleks kailan.
Kami pon terus menuju ke kailan. Berhenti betul-betul dihadapan terminal bas. Saya dan akak itu keluar dari kereta. Akak berbaju biru segera memberi hp nya kembali dan menyuruh saya menelefon Nayan. Panggilan berangkat, namun si Nayan menyuruh saya mengembalikan hp kepada tuan punya badan. Tuan punya badan bercakap sebentar
‘Abang dekat mana? Mai amik ilah ni. Ilah pakai baju biru’
kata akak itu dengan pelat kemudian kembali menyerahkan hp kepada saya.
‘Encik ada dimana? Kami dah didepan terminal bas. Akak ni suruh encik mai amik dia disini.
‘Takpa-takpa, saya dah nampak dia’
‘Kalau dah nampak, encik datangla kesini’
‘Takpa hampa balik dulu. Sat lagi saya pi la’
Kata beliau seperti memaksa.
Saya dah mula tak sedap hati. Tapi kaki tetap melangkah masuk kereta dan meninggalkan akak itu seorang diri. Masuk dalam kereta saya cakap pada suami yang saya tak sedap hati dan minta untuk pusing balik. Saya nak siasat apa yang tak kena sebenarnya.
Kenapa suara laki tu kedengaran muda manakala akak tu dah tua?
Kenapa akak tu kelihatan seperti oku?
Kenapa dia tak mahu jumpa akak tu semasa saya ada?
Macam-macam persoalan berlegar dalam minda saya. Kami berpusing kembali ke terminal bas. Suami berhentikan kereta lebih kurang 20m dari akak tadi. Kami perhatikan ada seorang lelaki diatas motor sedang meninjau gerak geri akak itu. Dia berada betul-betul di hadapan kami.
Kelihatan lelaki itu ingin memecut motor kearah akak itu tapi bila dia toleh saja terpandang kami, terus air mukanya berubah. Dia segera beredar.
Saya masih tak puas hati. Minta suami jalan kedepan sikit dan tunggu di area hotel seri malaysia. Kakak tadi masih ditempat tadi sambil berlegar-legar mencari Nayan. Dari dalam kereta kelihatan akak itu dah mula berjalan melintas jalan. Saya ingin keluar menyiasat tapi ditegah suami. Suami yang keluar meninjau keadaan. Dalam tak sampai 3 minit, suami berlari dalam keadaan cemas kembali ke kereta.
‘Sayang, kakak tu pi bahagian belakang. Laki naik motor tadi pon pi arah yang sama!’
Suami segera memecut kearah belakang bangunan. Motor lelaki tadi berada dihadapan. Mungkin dia perasan kami dibelakang di terus memecut memusing kompleks kailan. Saya rasa ada juga dalam 5kali pusing. Pusing punya pusing, kami nampak motor itu mula beredar keluar dari kawasan kompleks.
Saya minta suami pergi kembali kepada akak berbaju biru.
‘Abang akak tu dah mai ka?’
‘Takdak pon orang dah lama tunggu dia ni’
‘Akak pernah jumpa tak lelaki tu? Akak tau tak muka dia macam mana? Dia sapa sebenarnya?.’ Saya mula menyoal
‘Pernah dah bulan lepas sekali’
‘Sekali tu ja? Lepas tu? Dia sapa?’
‘Dia abang sayang kak la’
Sudahhh. Saya pon buntu. Jawapan yang diberikan ada yang mengelirukan.
‘Kak dok mana? Mai saya hantaq kak balik la. Panas ni, lagipun kak puasa kan?’
Dia akur. Saya menghantar dia ke rumahnya di Kg R. Sepanjang perjalanan pelbagai soalan saya cuba tanya pada dia.
‘Apala abang ni janji nak jumpa adik tadi. Dia kata dia pakai kereta merah. Saya dah bagitau dia saya pakai baju biru.’
‘Dia cakap dia tunggu dimana?.’ Tanya saya
‘Nah kak amik hp saya tengok dia cakap dia pi mana’
Belum sempat saya buka wechat akak tu. Hp nya terpadam. Bateri kong! Aduh!
Tiba-tiba dia memberi saya charger. Sekali dengan kepala plug. Saya buang kepala, saya sambung di tempat charge dalam kereta.
Wechat kembali dibuka. Saya dengar kembali voice mesej yang dihantar.
‘Abang dah lama sampai sayang, tapi awat kawan sayang dok pusing-pusing kat sini. Dia cari apa?’
‘Abang dah sampai ni’
‘Abang ada depan ni’
‘Awat kawan sayang tu dok pusing-pusing? Dia cari apa??.’ Yang ini dah mula bernada tinggi
Saya tanya akak tu dari mana sebenarnya. Rupanya dia kata dia dari bank. Dia ambil duit zakat RM500 dan janji nak jumpa Nayan sebab Nayan janji nak bawa dia jalan-jalan tanjung. Dia cakap harini dia memang banyak duit. Jadi dia tak kisah sangat kalau nak kena bayar duit teksi. Dia kata Nayan haritu dah ambil duit dia. Kalau dia tak bagi nanti Nayan ugut takkan hantar dia balik dan dia dipukul. Aduhh
Baru saya relate kembali rentetan peristiwa tadi.
Geram saya dengar. Kakak berbaju biru bercerita tanpa perasaan. Mungkin dia tak sedar atau tak tahu sama sekali akan niat jahat Nayan. Dia anggap Nayan sayangkannya.
‘Kak, duit tu kak balik ni kak simpan elok-elok tau. Jangan bagi sapa pon. Tu duit kak, hak kak.
Dia hanya tersengih sambil mengangguk. Harapnya dia faham apa yang saya katakan.
Lepas menghantar kakak itu di kg R, kami berpatah belik ke Kompleks Kailan dengan harapan dapat bertemu dengan Nayan.
Sungguh Allah itu Maha Kaya, setelah 2 kali berpusing, kami nampak kelibat Nayan di bus stop depan KFC. Suami apa lagi, terus berhentikan kereta depan dia dan terus snap gambarnya berkeping-keping. Nampak sahaja kelibat kami, dia terus memecut motornya. Suami ikut dari belakang. Adegan kejar mengejar berlaku namun akhirnya kami hilang jejak apabila dia masuk ke kawasan perumahan.
Hati ni rasa geram ya amat kepada lelaki bernama Nayan tu. Pandai mengambil kesempatan! Saya memang emosi sangat apabila orang-orang yang ada masalah pembelajaran seperti akak itu dianiaya. Teringat anak-anak murid sendiri. Rasa sedih sangat.
Alhamdulillah, gambar Nayan sempat diambil.
Dan kepala charger kakak berbaju biru tertinggal dalam kereta kami. Rasa-rasanya patut atau tak kami serahkan kembali kepala charger ni pada dia?
Siti Haszirah Hasan
Benci kepada orang yang suka ambil kesempatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shOHJA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel YA ALLAH. SAYA DAN SUAMI BARU DETIK ALA-ALA EJEN 007 DAN EPISOD KEJAR-MENGEJAR
Anda sekarang membaca artikel YA ALLAH. SAYA DAN SUAMI BARU DETIK ALA-ALA EJEN 007 DAN EPISOD KEJAR-MENGEJAR dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ya-allah-saya-dan-suami-baru-detik-ala.html