Judul : Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa…
link : Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa…
Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa…
LIMBANG – Dua wanita warga asing tersilap rumah ibadat apabila ‘menyembah’ mengikut cara agama mereka di sebuah masjid di sini, dalam kejadian Ahad lalu.
Insiden pelik itu sempat dirakam jemaah Masjid Baitul Iman pada waktu asar, yang kemudiannya menjadi tular menerusi laman sosial.
Imam masjid, Muhammad Ismail Rambli berkata, mereka mungkin baru tiba di Sarawak dan tidak mengetahui masjid hanya untuk orang Islam beribadat.
“Jemaah lain dan pengurusan masjid memahami situasi mereka yang dikatakan baru memasuki negara ini.
“Kedua-dua wanita itu hanya tersenyum dan kelihatan malu selepas mereka ditunjukkan rumah ibadat sebenar berhampiran kawasan itu oleh jemaah masjid,”katanya dipetik Harian Metro.
Gembira dengan budi pekerti jemaah terhadap mereka, Muhammad berkata kejadian berkenaan pertama kali berlaku di masjid itu.
Sementara itu, netizen di laman sosial mengucapkan syabas kepada jemaah dan ahli jawatankuasa masjid yang tidak bertindak melulu ketika berdepan situasi itu.
“Itulah contoh umat Islam kepada orang yang bukan seagama dengan kita. Tambahan pula ketika ini kita sedang meraikan Ramadan,” kata lagi.
Difahamkan, dua penganut Buddha yang berasal dari Vietnam itu asalnya mahu ke tokong tidak jauh dari masjid tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa…
Sekianlah artikel Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: Sekali Tersilap Masuk Tempat Sembahyang Daa… dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/video-sekali-tersilap-masuk-tempat_76.html