Judul : ‘Ustaz’ Cium Murid Lelaki, Minta Bogel di Perkarangan Sekolah Agama di Kota Kinabalu
link : ‘Ustaz’ Cium Murid Lelaki, Minta Bogel di Perkarangan Sekolah Agama di Kota Kinabalu
‘Ustaz’ Cium Murid Lelaki, Minta Bogel di Perkarangan Sekolah Agama di Kota Kinabalu
Gambar bahagian kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.
Seorang lelaki mempunyai gelaran ustaz selalunya membawa imej yang baik dan dihormati.
Lain pula bagi seorang ‘ustaz’ di Sabah ini yang dihukum penjara selepas didapati bersalah atas dua tuduhan melakukan perkara tidak elok kepada dua anak murid lelakinya.
Danny Jaudik, 24, merupakan seorang kerani kewangan yag digelar ‘ustaz’ di sebuah sekolah agama di Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Danny mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau kepada dua anak murid lelaki yang berusia 11 tahun pada bulan Mei dan Ogos tahun lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Danny dituduh mencium pipi murid lelaki itu ketika mangsa dan rakannya ke pejabat untuk membayar yuran sekolah.
Pertuduhan yang kedua pula, dia didakwa memegang tangan anak murid yang lain, juga berusia 11 tahun. Bukan itu sahaja, pada 6 Ogos, kira-kira jam 12 tengah hari Danny turut mengarahkan mangsa untuk berbogel ketika di perkarangan sekolah! Eeee tak senonoh!
Menurut ibu mangsa, kejadian anaknya dicium itu bukanlah kejadian pertama. Tertuduh didakwa pernah menanggalkan seluar anaknya sebelum mencium mulut dan pipi.
Susulan kejadian itu, mangsa menjadi takut dan menganggapnya gila sehingga minta untuk ditukarkan sekolah. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis telah menahan ‘ustaz’ itu pada 10 Ogos lalu.
Sehubungan dengan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, hukuman penjara akan dijalankan secara berasingan mulai dari tarikh tangkapannya. Haa padan muka!
Ishhh, sepatutnya sebagai orang dewasa dia perlu melindungi dan menjaga murid-murid di sekolah itu, bukannya ambil kesempatan. Kan dah cemar nama baik sekolah..
Baca: Guru Lakukan Kelucahan Melampau Pada Murid Lelaki Dalam Tandas Guru di Kuala Lumpur
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbnnwQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Ustaz’ Cium Murid Lelaki, Minta Bogel di Perkarangan Sekolah Agama di Kota Kinabalu
Anda sekarang membaca artikel ‘Ustaz’ Cium Murid Lelaki, Minta Bogel di Perkarangan Sekolah Agama di Kota Kinabalu dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ustaz-cium-murid-lelaki-minta-bogel-di.html