Judul : Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai..
link : Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai..
Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai..
BAYI perempuan yang baru lahir dan lengkap bertali pusat ditemui di hadapan sebuah rumah kedai di Pasir Pekan, Tumpat, pagi semalam.
Menurut laporan Metro Harian, bayi seberat 2.77 kilogram (kg) itu ditemui pada 7.30 pagi dan diletakkan dalam sebuah beg pakaian tidak bertutup.
Bayi itu ditemui oleh adik lelaki seorang peniaga, Faziani Rohban Ahmad, 37, ketika dia mahu membuang sampah berdekatan lokasi kejadian.
Faziani berkata, bayi berkenaan diletakkan di dalam beg pakaian yang dibalut dengan baju orang dewasa dan lengkap memakai sarung tangan serta kaki.
Katanya, ketika ditemui bayi berkenaan sedang menangis dan adik lelaki, Mohd Faizan Rohban Ahmad, 25, terus membawa pulang bayi itu ke rumah yang terletak 10 meter dari lokasi.
"Adik menunjukkan bayi itu kepada saya dan keluarga. Kami terkejut dan hanya mampu menangis kerana tidak menyangka ada orang sanggup membuang bayi di bulan Ramadan ini.
"Kami terus membawa bayi itu ke Klinik 1Malaysia yang terletak 20 meter dari rumah sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, dia bersama adik kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan penemuan bayi perempuan berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgHVBo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai..
Sekianlah artikel Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Usahawan Kosmetik Dnars Jumpa Bayi Perempuan Ditinggalkan Depan Kedai.. dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/usahawan-kosmetik-dnars-jumpa-bayi_16.html