Judul : Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci
link : Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci
Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci
Peminat meluahkan rasa geram terhadap pelakon Uqasha Senrose namun tidak sanggup untuk membenci Uqasha kerana penampilannya yang terlalu cantik.
Komen-komen yang meluahkan rasa meluat dan menyampah terhadap aktres tersebut ditinggalkan oleh peminat di laman Instagram milik Uqasha, @uqashasenrose2.
Semuanya kerana watak Puteri yang dibawakan oleh Uqasha dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.
Menjayakan karakter antagonis, Uqasha berganding bahu bersama pelakon senior, Datin Seri Zizie Izette yang memegang watak Puan Sri Mawar.
Puteri dan Puan Sri Mawar sering membuli dan bertindak kejam terhadap watak Nura Medina yang dijayakan oleh Nur Fazura.
Walaupun mengundang rasa menyampah, usaha gadis yang berasal dari negeri Kelantan ini dalam menjayakan watak Puteri nyata membuahkan hasil kerana peminat memuji bakat lakonan yang ditampilkan oleh Uqasha.
Selain itu, peminat juga memuji keserasian lakonan antara Uqasha bersama pelawak Fikry Ibrahim yang memegang watak sebagai Farrizam.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Sumber : Astro Gempak
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCVv1K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci
Anda sekarang membaca artikel Uqasha Senrose Terlalu Cantik Untuk Dibenci dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/uqasha-senrose-terlalu-cantik-untuk.html