Judul : Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda
link : Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda
Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda
BEKAS Pengurus Sunderland, David Moyes didenda 30,000 pound sterling kerana mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman terhadap wartawan wanita BBC, Vicki Sparks, Mac lalu
Moyes, 54, memberitahu Sparks bahawa dia mungkin ditampar selepas temubual sebaik tamat perlawanan Sunderland menentang Burnley pada 18 Mac lalu.
“Komen itu tidak wajar, berbentuk ancaman atau menjejaskan perlawanan itu bertentangan dengan Peraturan FA E3(1).
“Dia menafikan pertuduhan itu, namun, kesalahannya dapat dibuktikan berikutan sesi pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak England (FA).
Insiden itu berlaku selepas Moyes dikatakan berang dengan soalan ditanya Spark dan berkata kepadanya: “Awak mungkin akan ditampar walaupun awak seorang wanita.
“Awak perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Walaupun sesi temuramah sudah pun tamat ketika Moyes menghentam Sparks, situasi itu sempat dirakam kamera dan rakaman itu kemudiannya ditayangkan oleh akhbar di sana.
Moyes bagaimanapun menyesal dengan insiden terbabit dan tampil memohon maaf beberapa hari selepas itu.
“Saya sudah menghubungi pemberita berkenaan dan memohon maaf, yang mana diterimanya dengan baik,” kata Moyes. – mStar Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4c1qA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda
Anda sekarang membaca artikel Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ugut-tampar-wartawan-moyes-didenda.html