Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS

Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS
link : Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS

Baca juga


Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS



KUALA LUMPUR: Semua syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab diarahkan untuk melengkapi aplikasi mereka dengan butang SOS secepat mungkin bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, butang SOS yang akan dihubungkan terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut dibuat bagi membolehkan penumpang untuk memberi amaran polis jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, sistem tersebut sudah digunapakai oleh perkhidmatan Uber di India dan pengenalan butang tersebut di negara ini adalah baik ekoran beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber baru-baru ini.

“Kami sudah berjumpa dengan Uber hari ini dan mereka telah bersetuju untuk memperkenalkan butang SOS ini. Selain itu, mereka juga akan mengadakan pemeriksaan yang ketat kepada pemandu termasuk pemeriksaan tingkah laku dan rekod jenayah.

“Mereka juga diminta untuk berkongsi maklumat mengenai pemandu mereka dengan SPAD bermula 16 Jun ini walaupun sebelum undang-undang bagi perkhidmatan ini berkuatkuasa iaitu dijangka pada Julai ini,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Baru-baru, terdapat beberapa kes melibatkan perkhidmatan Uber termasuk satu insiden di Pulau Pinang semalam apabila seorang pemandu Uber dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam.

Sementara itu, Mohd. Azharuddin berkata, kes-kes yang melibatkan pemandu Uber ketika ini dalam siasatan polis dan SPAD akan menunggu siasatan tersebut selesai sebelum mengambil tindakan yang perlu.

“Tindakan yang boleh dilakukan jika didapati bersalah adalah seperti menyenarai hitam pemandu terbabit untuk menjadi pemandu syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan ataupun pemandu teksi.

“Kami juga mungkin menyita kenderaan yang terlibat siasatan lanjut,” ujarnya.

- UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGRHy6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS

Sekianlah artikel Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Uber, Grab Diarahkan Sedia Butang SOS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/uber-grab-diarahkan-sedia-butang-sos.html

Subscribe to receive free email updates: