Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !

Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !
link : Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !

Baca juga


Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan menjual Proton didorong oleh “dendam kesumat”, sehinggakan kerajaan mengabaikan soal maruah negara.
“Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” katanya dalam entri terbaru di blognya.
Pengasas industri otomobil kebangsaan itu berkata kerajaan sebenarnya mampu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada syarikat China, Kumpulan Geely Holding, jika tidak menggunakan cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk membeli sokongan.
Menurutnya, wang yang didakwa diperutukkan kepada Proton sebanyak RM1.7 bilion sebenarnya tidak sampai kepada syarikat itu.
“Ya, maruah mempunyai kos. Duit sebanyak RM1.7 billion yang kononnya diberi kepada Proton sebenarnya tidak sampai setakat yang diketahui,” katanya.
Pada 24 Mei, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Geely, gergasi otomobil China yang sebelum ini turut mengambil alih Volvo dari Sweden.
Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.
Pada 2001, ia menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta.
Dr Mahathir berkata penjualan Proton merupakan pengakuan “kita gagal dan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju terencat”.
Beliau mempersoalkan dana kerajaan yang diperoleh daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat.
Menurutnya, walaupun cukai terhadap rakyat lebih tinggi berbanding ketika zaman kegemilangan Proton, hutang yang ditanggung kerajaan masih tinggi.
“Jika diteliti keuntungan perniagaan Malaysia hari ini, cukai yang dikutip tetap lebih tinggi dari zaman Proton laris dijual. Tetapi hutang kerajaan membukit.
“Ke mana pergi dana kerajaan ini. Apakah ia masuk poket orang itu dan orang ini?”. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat !

Sekianlah artikel Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir: Kerajaan ‘Menjual’ Proton Kerana Dendam Kesumat ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tun-mahathir-kerajaan-menjual-proton.html

Subscribe to receive free email updates: