‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?

‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?
link : ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?

Baca juga


‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?

DAKWAAN mengatakan ‘Tsunami Melayu’ bakal berlaku pada PRU14 hanyalah andaian dibuat oleh pemimpin parti pembangkang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hakikatnya pada hari ini, tidak ada satu pun kajian mendapati pengundi-pengundi Melayu di kawasan luar bandar bersedia menolak BN dan akan memberi sokongan kepada parti pembangkang pada PRU14.

“Saya percaya tiada ‘Tsunami Melayu’ dalam PRU akan datang. Ramai pengundi Melayu di kampung masih memberi sokongan yang kuat kepada BN.

“Kita jangan lupa kerajaan telah menubuhkan banyak agensi untuk membantu kaum Melayu. Setiap kampung ada ketua kampung yang diberi tanggungjawab menjaga keperluan dan hubungan dengan orang-orang kampung,” kata Tiong Lai seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.

Beliau berkata, parti pembangkang sengaja mencetuskan isu ‘Tsunami Melayu’ kerana ingin memberikan satu gambaran kepada kaum Cina bahawa kaum Melayu kini tidak lagi menyokong kerajaan.

“Rakyat mesti faham, walaupun semua kaum Cina menyokong DAP, parti itu tetap tidak boleh menjadi kerajaan. Daripada memangkah undi kepada DAP, adalah lebih baik sekiranya mereka menyokong calon MCA yang berada dalam parti kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun Tiong Lai tidak menafikan, pada PRU13, ‘Tsunami Bandar’ telah tercetus apabila bukan sahaja pengundi Cina di bandar yang memberikan sokongan padu kepada parti pembangkang, malah pengundi Melayu di bandar turut membuat pilihan sama.

Pakatan Harapan tak bincang calon PM

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang akan diadakan esok dijangka tidak akan berbincang mengenai isu calon perdana menteri.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, walaupun isu calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, tetapi Pakatan Harapan masih belum berbincang secara serius.

“Yang saya tahu, isu calon perdana menteri masih belum disenaraikan dalam minit mesyuarat. Kemungkinan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Ia mungkin disebabkan beberapa pemimpin utama kini berada di luar negara dan tidak sempat menghadiri mesyuarat kali ini,” kata Guan Eng kepada Oriental Daily.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, walaupun DAP masih memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, tetapi disebabkan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan turut menyenaraikan beberapa nama lain, oleh itu keputusan muktamadnya mesti diputuskan dalam mesyuarat.

“Calon perdana menteri adalah salah satu isu yang perlu diselesaikan oleh Pakatan Harapan. Ia mesti diselesaikan kerana perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti alternatif untuk BN.

“Saya harap Pakatan Harapan boleh selesaikan semua masalah termasuk calon perdana menteri ini sebelum Oktober akan datang bagi menghadapi PRU14,” katanya.

Mahathir tidak layak jadi PM lagi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak lagi menjadi perdana menteri kerana beliau belum memohon maaf atas kesalahan dilakukannya dalam isu Operasi Lalang 1987.

Penasihat Pertubuhan Hak Asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, Mahathir bukan sahaja tidak layak kembali menjadi perdana menteri, malah beliau juga tidak sesuai menjadi pemimpin pakatan pembangkang.

“Sesetengah kalangan mereka yang ditahan semasa Operasi Lalang sudah memaafkan Mahathir. Oleh itu, mereka berpendapat Mahathir juga perlu buat perkara sama dengan memohon maaf kepada bekas-bekas tahanan ini.

“Tetapi dari segi hak asasi, anda bertanggungjawab atas apa yang berlaku, maka anda perlu menebusnya,” katanya seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, Operasi Lalang dilancarkan bertujuan menghalang rusuhan kaum. Dalam operasi itu, 106 orang ditangkap, termasuk aktivis, pelajar, ahli politik dan artis ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beberapa akhbar turut diarah tutup beberapa bulan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOmffX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN?

Sekianlah artikel ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘TSUNAMI MELAYU’ HANYA ANDAIAN? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tsunami-melayu-hanya-andaian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :