Tren Umpama Hotel Lima Bintang

Tren Umpama Hotel Lima Bintang - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tren Umpama Hotel Lima Bintang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tren Umpama Hotel Lima Bintang
link : Tren Umpama Hotel Lima Bintang

Baca juga


Tren Umpama Hotel Lima Bintang



TOKYO: Hanya beberapa penumpang terpilih menaiki tren mewah terbaru dari Stesen Osaka pada Sabtu dengan bayaran mencecah ratusan ribu yen.

Segala-galanya untuk merasai pengalaman mengharungi perjalanan kembali ke era seni bina Art Deco dan menikmati kehidupan dalam pengangkutan yang bergerak perlahan.

Ekspres Twilight Ekspres Mizukaze bergerak dari Osaka bersama 30 penumpang ke pulau-pulau utama Jepun.

Tren 10-koc itu, mempunyai 16 bilik itu menuju ke Shimonoseki di Wilayah Yamaguchi, menawarkan pelancongan selama satu atau dua malam. Penumpang boleh turun dari tren dan melawat kawasan pelancongan.

Syarikat itu berkata, sebanyak 2,022 tempahan diterima untuk 368 bilik yang disediakan pada 17 Jun hingga September ini.

Lawatan untuk satu malam dengan satu bilik untuk dua orang bernilai 270,000 yen (RM10411). Harga untuk bilik suite bermula dari 750,000 yen (RM28919).

Satu pasangan menempah bilik suite terbaik di dalam train, dengan membayar 2.4 million yen (RM92,542) untuk dua malam, tiga hari perjalanan pergi balik yang melalui panorama kehijauan sawah padi, pantai, lereng gunung dan kuil lama.


Harga itu sangat berbaloi kerana memberi pengalaman seolah-olah duduk di hotel lima bintang, termasuk bilik air berlantaikan marmar dengan tab mandi, makanan disediakan oleh chef gourmet, dan bilik rehat yang mewah, di mana anda boleh menikmati koktail sambil melihat pemandangan yang menarik melalui jendela.

“Saya sangat teruja kerana mendapat tempat di tren ini,” kata Ayaka kobayashi, yang melancong di dalam Mizukage dengan suaminya, beritahu agensi berita Jiji Press. “Saya mahu menikmati masa dan tempat yang istimewa ini.”

Mizukage, yang bermaksud ‘angin segar’ dalam bahasa Jepun, adalah tren terbaru yang mewah ditawarkan di Jepun, yang mempunyai rangkaian kereta api yang besar di kebanyakan negeri.

Tren itu memberi penghormatan pada kereta sleeper yang dahulunya banyak sebelum diganti oleh Shinkanset bullet train dengan kelajuan 320 kilometer per jam.

“Banyak perkara yang perlu dikorbankan demi melahirkan tren-tren baru, kata wartawan gambar dan pakar tren Kageri Kurihara selepas melawat The Mizukage.

“Syarikat-syarikat tren cuba untuk menunjukkan apa yang boleh mereka lakukan tanpa sebarang kekangan. Anda mungkin mengatakan tren sleeper sempit dan tidak selesa tetapi landasan kereta api itu seolah-olah mengatakan ‘lihat apa yang kami tawarkan’!”

“Warga Jepun sangat sukakan tren dan anda akan teruja dengan pilihan-pilihan yang hebat,” tambahnya.


Pada bulan lepas, Shiki-Shima meninggalkan Stesyen Tokyo Ueni dengan menawarkan penumpang menikmati makanan lazat, dimasak oleh chef gourmet.

Perjalanan selama empat hari di beberapa bilik yang mempunyai tab mandi sipres kayu bernilai 950,000 yen (RM36631.394) setiap kepala.

Penumpang kaya juga memainkan piano dan membuat unggun api- yang merupakan helah yang dicipta oleh stim dan cahaya cerah- ketika dalam perjalanan yang membawa mereka dari bandar utama Jepun ke utara pulau Hokkaido sebelum kembali lagi.

Shiki-Shima terpaksa meluangkan duit sebanyak 10 billion yen (RM385593616) untuk pengubahsuaian dan pembinaan ruang rehat istimewa di tempat perhentian. Tren itu telah ditempah sehingga Mac tahun hadapan.

Pada 2013, Landasan Kereta Api Kyushu memperkenalkan perkhidmatan ‘tujuh bintang’ dengan piano, bar, hidangan mewah, dan bilik suite.

Operator tren di Jepun juga menawarkan perkara yang hebat, termasuk pengangkutan dengan mandian rendaman kaki.

Tokyo bersedia untuk menjadi tuan rumah Olympic 2020, bilangan kedatangan pelancong ke Jepun memberi keuntungan kepada operator tren mewah.

“Perkara ini menjadi sebuah trend kerana ramai pelancong dari luar negara melawat Jepun, ia adalah masa yang tepat,” Kurihara berkata.

Walaupun ekonomi tidak semaju dahulu, masih ramai warga Jepun yang sanggup untuk membayar Orient Ekspres versi tempatan.

Penumpang Mizukage dan Shiki-Shima terpaksa meletakkan nama mereka ke dalam loteri dan berharap mereka dipilih.

“Pelancongan dengan tren mewah, tidak merasakan impak ekonomi yang lemah kerana terdapat orang kaya di luar sana.

“Saya harap dapat melancong di dalam tren itu sekali seumur hidup," Kurihara berkata.- mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDLlOj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tren Umpama Hotel Lima Bintang

Sekianlah artikel Tren Umpama Hotel Lima Bintang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tren Umpama Hotel Lima Bintang dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tren-umpama-hotel-lima-bintang.html

Subscribe to receive free email updates: