Judul : Tiger Woods akui terima bantuan profesional
link : Tiger Woods akui terima bantuan profesional
Tiger Woods akui terima bantuan profesional
Ketika bekas pemain no.1 dunia itu masih bergelut dengan krisis kehidupan, Woods mendedahkan dia kini sedang menerima bantuan dalam cara mengurus ubatnya.
"Ketika ini, saya sedang mendapat bantuan profesional, terutama dalam mengurus ubat dan cara saya menangani sakit belakang dan masalah gangguan tidur.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada segala sokongan yang telah diberikan, terutama daripada peminat," kata Woods dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.Woods ditahan polis selepas dia didapati tidur di kerusi pemandu pada jam 3 pagi, 29 Mei lalu di Jupiter, Florida.
Menurut laporan pihak berkuasa, terdapat kesan Xanax dan beberapa jenis dadah lain dalam tubuhnya.
Polis berkata Woods terpaksa dikejutkan dan ketika itu menampakkan pergerakan perlahan dan pertuturan yang tidak jelas.
Bagaimanapun, ujian alat pengukur nafas mendapati Woods tidak minum minuman beralkohol.
Menurut pemain golf berusia 41 tahun itu, tubuh badannya mengalami kesan negatif terhadap ubat-ubatan yang diambilnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slguIE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Tiger Woods akui terima bantuan profesional
Anda sekarang membaca artikel Tiger Woods akui terima bantuan profesional dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tiger-woods-akui-terima-bantuan.html