Judul : The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25%
link : The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25%
The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25%
The Fed menaikkan kadarnya dalam mesyuarat Jun dari 1.00% kepada 1.25% dengan undian 8-1 di mana Neel Kashkari masih tidak mahu kadar dinaikkan.
Dalam kenyataannya sebentar tadi, bank pusat menyatakan risiko dalam jangka pendek telah stabil tetapi menjangka inflasi kekal rendah di paras 1.6% dalam jangka pendek dan akan terus meneliti pergerakan inflasi.
Perbelanjaan isirumah semakin meningkat dan pelaburan tetap terus berkembang.
Tiada perubahan kepada pendapat ‘median‘ kadar faedah (Fed Fund Rate) yang kekal di paras 1.375% sehingga hujung tahun ini di mana 8 dari 16 ahli FOMC melihat satu lagi kenaikan kadar tahun ini dan empat dari mereka menjangka dua lagi kenaikan.
Bank pusat juga melaporkan akan mengurangkan pegangan asetnya tahun ini.
Kenyataan dan projection kepada kadar faedah tidak menunjukkan kejutan yang besar dan hampir menepati jangkaan pasaran, tetapi paras rendah inflasi akan terus menjadi kerisauan bank pusat dan akan menjadi fokus dalam masa terdekat.
Selepas data harga pengguna dikeluarkan malam tadi, ini memberikan kebimbangan kepada keadaan ekonomi dalam jangka masa sederhana yang memberi tekanan kepada US dolar dan menyebabkan hasil-bon jatuh mendadak.
Selepas pergerakan mendadak awal malam tadi, laporan pengumuman kadar faedah pukul 2.00 pagi kurang memberi kesan kepada pasaran dengan pasaran akan memberi tumpuan kepada sidang media yang bermula pukul 2.30 pagi.
The post The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25% appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rijbYn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25%
Anda sekarang membaca artikel The Fed Tepati Jangkaan Pasaran, Kadar Dinaikkan Kepada 1.25% dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/the-fed-tepati-jangkaan-pasaran-kadar.html