Judul : Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat
link : Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat
Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat
KEMAMAN – Berpuasa dan berdepan cuaca panas bukan halangan bagi anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari pesawat pejuang Hawk 108, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terhempas di Kampung Yak Yah, di sini semalam.
Seorang daripada mereka yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata beliau dan beberapa rakan sepasukan terpaksa meredah kawasan berpaya dan dipenuhi semak-samun untuk tiba di kawasan serpihan pesawat ditemui, kira-kira 400 meter dari jalan utama Ibok-Chukai.
“Orang mungkin nampak tugas pasukan beruniform ini mudah, tetapi bila dalam keadaan krisis banyak pengorbanan yang dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim bersama10 pegawai dan anggota menjalankan siasatan di kawasan penemuan bangkai pesawat tersebut.
Pihaknya terpaksa meredah kawasan hutan dan berpaya selama lebih tiga jam bagi mengesan bangkai pesawat yang ditemui pada 2 petang tadi.
Dalam kejadian semalam pesawat Hawk 108 yang berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira setengah jam kemudian.
TUDM yang melancarkan operasi mengesan pesawat itu kemudian mengesahkan dua juruterbang pesawat terbabit Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 dan Mejar Yazmi Mohamed Yusuf, 39 terkorban sekalipun berjaya melenting keluar daripada pesawat yang dipercayai terhempas. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAhv0q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat
Anda sekarang membaca artikel Tempuh Laluan Berpaya Cari Serpihan Pesawat dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tempuh-laluan-berpaya-cari-serpihan.html