Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS

Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS
link : Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS

Baca juga


Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS

KUCHING: Berikutan pertikaian status kerakyataan yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon yang membawa kepada perlucutan jawatannya, seterusnya berlanjutan hingga dibawa ke Mahkamah, satu prosedur tapisan wajib terhadap mana-mana bakal calon yang bertanding pilihan raya dicadangkan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak mencadangkan agar kerajaan melaksanakan satu tapisan yang wajib terhadap mana-mana pihak yang ingin bertanding pilihan raya di negara ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Jofri Jaraiee dipetik sebagai berkata, kerajaan perlu membuat tapisan terhadap bakal calon sebelum mereka dibenarkan bertanding pada pilihan raya dan beliau menggesa langkah itu dilaksanakan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kami tidak mahu isu ini berlaku lagi kerana ia akan membazirkan wang rakyat sekiranya pilihan raya kecil perlu diadakan bagi menggantikan seseorang wakil rakyat, tak kiralah dari kerajaan atau pembangkang, yang didapati memiliki dua kerakyatan," katanya

Cadangan PAS dipercayai berkaitan isu kerakyatan wakil DAP yang masih menjadi pertikaian, meskipun Mahkamah Tinggi Kuching pada Sabtu lepas, membuat keputusan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk menangani perkara berkaitan keputusan pilihan raya kerana ianya adalah hak eksklusif mahkamah pilihan raya.

Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Mei lepas menerusi satu usul dengan undian 70:10 melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa pernah mendapatkan kewarganegaraan Australia pada 2010.

Dr Ting didakwa melanggar Artikel 17 (1) (G) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan seseorang tidak layak daripada dipilih menjadi ahli dewan undangan negeri sekiranya dia pernah, antara lain, secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan atau menggunakan hak warganegara di mana-mana negara di luar persekutuan atau telah mengisytiharkan taat setia kepada mana-mana negara di luar persekutuan. – Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOaFEx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS

Sekianlah artikel Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tapis Status Kerakyatan Bakal Calon Pilihan Raya – PAS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tapis-status-kerakyatan-bakal-calon.html

Subscribe to receive free email updates: