Judul : Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster?
link : Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster?
Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster?
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beberapa mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang diuruskan oleh gengster.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusuf Azmi berkata, syarikat itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu yang mengelar dirinya sebagai “Datuk Seri”
Menurut beliau, syarikat pajakan kenderaan itu telah menganiaya hampir 500 pemilik kenderaan melibatkan kira-kira 1,500 buah kenderaan yang dipajakan kepada syarikat itu.
“Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malah, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka tidak pernah ditepati.
“Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Muhamad Yusuf berkata, syarikat itu juga tidak memberi sebarang kerjasama sehingga tempoh penarikan kereta 30 hari telah tamat tempoh seperti perjanjian Klausa L.
Lebih mengejutkan, kata beliau, pengurusan syarikat terbabit yang telah bertukar pengurusan meminta mangsa membayar ganti rugi sekiranya mereka ingin mendapatkan semula kenderaan mereka.
Kata beliau, hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa kerana syarikat itu melanggar perjanjian mengikut Klausa M bahawa pihak syarikat tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi daripada pemilik asal.
“Pengurus baru syarikat itu mengupah gengster untuk menakutkan mangsa yang cuba menarik keluar kenderaan mereka dari syarikat tersebut dan memaksa mangsa menandatangani perjanjian baru yang merugikan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcvO6c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster?
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/syarikat-pajakan-kenderaan-guna-gengster.html