Judul : SURAT MUHAJIR: MUNGKIN CARA PAS NAK MENANG – KHALID
link : SURAT MUHAJIR: MUNGKIN CARA PAS NAK MENANG – KHALID
SURAT MUHAJIR: MUNGKIN CARA PAS NAK MENANG – KHALID
PAS yang didakwa mengeluarkan surat arahan muhajir (berpindah) ke Shah Alam berkemungkinan salah satu cara yang dilihat bagi meraih kemenangan di kawasan tersebut.
Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagaimanapun berkata, itu adalah hak PAS dan ia tidak menyalahi undang-undang, lapor Sinar Harian.
“Itu adalah hak PAS, mungkin cara mereka nak menang tapi penerima surat itu tidak semua penyokong PAS. Jika semua menyokong kenapa surat ini boleh terdedah di Whatsapp atau sosial media.
PAS Selangor semalam menafikan salah satu kawasannya mengeluarkan surat arahan yang meminta agar anggota parti itu menukar alamat masing-masing ke kawasan parlimen Shah Alam.
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi, memberitahu bahawa salinan surat itu yang tular – bertajuk Arahan Muhajir ke Parlimen Shah Alam itu sebagai “tidak betul”.
Surat muhajir – daripada bahasa Arab bermaksud berpindah – itu didakwa dibuat bagi memastikan kemenangan PAS di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sementara itu Khalid berkata, walau apa pun tindakan dan situasi yang berlaku, beliau tetap akan mempertahankan kedudukannya di Parlimen tersebut.
“Bagi saya sendiri, cabaran tetap sama. Saya akan meyakinkan pengundi Shah Alam dengan cara tersendiri untuk terus kekal disini,” beliau dilaporkan sebagai berkata
“Bukanlah terlalu yakin, tapi saya percaya rakyat hari ini lebih bijak menilai calon atau pemimpin yang ingin di pilih,” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8hHQU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel SURAT MUHAJIR: MUNGKIN CARA PAS NAK MENANG – KHALID
Anda sekarang membaca artikel SURAT MUHAJIR: MUNGKIN CARA PAS NAK MENANG – KHALID dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/surat-muhajir-mungkin-cara-pas-nak.html