Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya...

Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya... - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya...
link : Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya...

Baca juga


Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya...

SHANDONG, CHINA - Padah menipu suami dan polis, seorang wanita dipenjara selama 10 hari di atas kesalahan memalsukan keterangan, lapor China Press. 
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, 13 Mei lalu, polis menerima laporan dari seorang lelaki yang melaporkan rumahnya telah dipecah masuk perompak. 
Dalam laporan yang dilbuat, lelaki itu mendakwa wang simpanannya sebanyak 90,000 yuan (RM56,510) telah hilang dan isterinya telah dirogol oleh suspek. 
Bertindak di atas laporan itu, sepasukan besar polis dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, setelah disiasat, polis mula berasa pelik dan ada sesuatu yang tidak kena. 
"Pertama, insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 5 pagi di mana sudah ramai pejalan kaki di sekitar kawasan ini. 
"Dan selepas kami memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kami berjaya mengesan suspek. Namun suspek tidak memegang atau membawang sebarang bungkusan. 90,000 yuan itu adalah satu jumlah yang banyak dan tidak mungkin ia tidak dapat dibawa tanpa dikesan pada badan suspek," kata jurucakap polis. 
Pihak polis kemudian mengambil keputusan untuk menyoal siasat pasangan itu secara berasingan. Setelah disiasat, wanita berusia 27 tahun itu akhirnya mengaku bahawa suspek dalam kes itu sebenarnya kekasih gelapnya. 
Difahamkan, kecurangan wanita itu terbongkar selepas suaminya memasang CCTV di rumah yang disambungkan ke telefon tanpa pengetahuan isteri. 
Suami wanita itu keluar dari rumah sekitar jam 4.30 pagi dan bila memeriksa keadaan di rumah melalui telefonnya, alangkah terkejut dia mendapati kehadiran seorang lelaki di rumahnya menyebabkan dia segera berpatah balik dan perjalanan mengambil masa selama setengah jam. 
Tiba di rumah, dia ternampak lelaki yang tidak dikenalinya itu dalam keadaan panik dan mula membaling barang kepadanya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 
Bimbang rahsia terbongkar, si isteri mereka cerita kononnya dia tidak mengenali lelaki itu dan mendakwa telah dirompak dan dirogol. Namun dia tidak menyangka suaminya akan membuat laporan polis dan polis menyiasat kes itu serta-merta. 
Oleh kerana tiada pilihan lain, akhirnya wanita itu terpaksa mengaku apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.
Difahamkan, pasangan itu sudah lama berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, wanita terbabit mengkhianati suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya dari aplikasi WeChat sejak setahun lalu. 
Si isteri juga mendedahkan, itu bukan kali pertama kekasih gelapnya datang ke rumah ketika ketiadaan suaminya.

Polis kemudian mendakwa wanita itu membuat keterangan palsu dan menganggu ketenteraman awam yang menyebabkan dia dihukum selama 10 hari. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRsFe2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya...

Sekianlah artikel Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami lapor isterinya dirompak dan dirogol tetapi sebenarnya... dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/suami-lapor-isterinya-dirompak-dan_9.html

Subscribe to receive free email updates: