Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja

Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja
link : Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja

Baca juga


Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik secara dalam talian merupakan antara tiga yang ditahan pada Isnin lepas, kerana menanam pokok ganja di rumah.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pasangan suami isteri berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan di Seri Kembangan dekat sini.

“Pemeriksaan terhadap suspek lelaki menjumpai satu peket ganja mampat seberat 89 gram. Soal siasat terhadap kedua-dua suspek kemudian membawa polis ke sebuah kondominium yang disewa pasangan berkenaan di Puchong.

Di kondominium berkenaan pihak kami menahan seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia 22 tahun dan merampas dua ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 1.5 kg bernilai RM3,600,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ab Rashid, pemeriksaan seterusnya menemui sebanyak 38 batang pokok dipercayai pokok ganja belum matang yang ditanam di dalam pasu dan diletakkan di bahagian balkoni kondominium serta di dalam bilik yang lengkap dengan alat kawalan suhu dan baja khas.

Tambahnya, kesemua suspek ketika disoal siasat mengaku belajar cara-cara penanaman pokok ganja daripada internet dan mula menanam pokok larangan itu sejak awal tahun ini.

Sementara itu, dalam empat serbuan berasingan pada Sabtu hingga Selasa lepas, Ab Rashid berkata pihaknya berjaya menahan 15 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Gombak, Seri Kembangan dan Ampang Jaya.

Katanya, dalam serbuan di Gombak, kira-kira 12.20 tengah malam, Sabtu, polis menahan dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun serta merampas 24 ketulan mampat disyaki ganja seberat 23.2 kg bernilai RM58,000.

“Dalam serbuan yang lain pada Isnin, kira-kira pukul 11.20 malam di kawasan Seri Kembangan, kita telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan berjaya merampas satu ketulan mampat dadah dipercayai jenis ganja seberat 1kg bernilai RM2,400.

Pada hari yang sama, kira-kira pukul 11.35 malam di Seri Kembangan, kita juga telah menahan enam lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun dan merampas ganja seberat 0.327 gram bernilai RM700.

Serbuan seterusnya pada Selasa di kawasan sebuah pangsapuri sekitar Ampang Jaya, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun serta merampas ganja seberat 6.4kg dianggarkan bernilai RM15,600,” katanya.

Menurut Ab Rashid, siasatan awal mendapati kesemua dadah diperolehi dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjI2uX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja

Sekianlah artikel Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Penjual Kosmetik Ditahan Tanam Pokok Ganja dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/suami-isteri-penjual-kosmetik-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates: