Judul : SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
link : SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV semalam dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.
“SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti-bukti berhubung siasatan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.
"Siasatan SPRM tertumpu kepada enam isu yang melibatkan FGV dan kesemua isu itu akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
SPRM turut meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0GYML
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
Anda sekarang membaca artikel SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/sprm-sahkan-siasatan-terhadap-fgv-telah.html