Judul : SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV
link : SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV
SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV
KINI imej FGV bergantung penuh pada siasatan SPRM bagi membersihkan syarikat pertama milik Felda yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Bagi pecinta Felda dalam apa jua sentimen, kehadiran SPRM diharap mampu menyelesaikan begitu banyak cakap-cakap awam yang menggambarkan FGV sebagai bermasalah dan penuh kemelut.
Namun, siasatan forensik kewangan dan menyelesaikan masalah ketirisan memerlukan waktu yang panjang. Pada hari pertama sahaja, SPRM menghabiskan waktu lapan jam mengumpulkan dokumen penting di pejabat FGV Tingkat 45 Menara Felda.
SPRM dengan kekuatan 25 anggota menyerbu dan merampas berkotak-kotak dokumen di pejabat FGV semalam. Satu tindakan serius di pihak SPRM dan impak memalukan pada imej FGV.
Dalam tempoh siasatan SPRM, pasti banyak spekulasi akan terus dibualkan. Sepanjang tempoh itu – beban tuduhan liar kumpulan anti kerajaan akan bertubi-tubi menyerang Putrajaya, PM, BN dan Umno. FGV aset straregik bagi pemodal politik berkempen meraih sokongan.
Selain langkah serbuan SPRM, kehadirab orang kuat Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala tengahari semalam, turut mendapat perhatian awam.
Idris juga menjadi harapan masyarakat dan komuniti pelabur, untuk menyatakan secara prinsipal korporat: Apa hal sebenar’ yang menjadi punca krisis antara Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah dengan empat pengurusan korporat FGV yang diarah bercuti, diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.
Tiga lagi ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar.
Arshad dan tiga yang lain didakwa Pengerusi FGV sebagai bertanggungjawab terhadap isu pembayaran antara FGV dan anak syarikatnya.
Isa mendakwa, dakwaan itu merujuk pada laporan audit bertauliah.
Kata Isa: “Jumlahnya berjuta-juta!”
Arshad membalasnya: “Mohon SPRM menyiasat tangan ghaib bagi projek bukan teras yang babitkan beratus-ratus juta pelaburan wang FGV!”
Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr. Puad Zarkashi menasihatkan kedua-dua meletakkan jawatan.
Manakala Perkasa pula meminta Isa turut bercuti.
Secara gentlemennya, cadangan Perkasa memang relevan. Sebab aduan rasmi sudah dibuat oleh Arshad. Secara persepsi, laporan Arshad difahami oleh masyarakat sebagai mendedahkan salah laku pihak di peringkat Lembaga Pengarah.
Jadi, sebagai Pengerusi, ada asas untuk masyarakat percaya, ada tuduhan dikenakan terhadap Isa. Itu persepsi apabila SPRM memulakan siasatan.
Bagi meyakinkan masyarakat awam wujudnya keadilan, adalah molek Isa pun bercuti. Supaya siasatan laporan salah-laku yang dibuat Zakaria dilihat dapat disiasat secara telus, tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.
SPRM akan menyiasat bagi kepentingan awam untuk memastikan proses undang-undang digunakan dalam membersihkan imej FGV. Isu ini mencomotkan lagi imej FGV yang sudah tenat sejak kebelakangan ini.
Kegagalan saham FGV mengekalkan prestasi di bursa sudah lama dicemuh dengan pelbagai tuduhan. Walaupun harga sawit sudah pulih, FGV masih dibelenggu rekod kewangan yang sugul: Aliran tunai ada RM1.4 bilion. Hutangnya pula RM4 bilion.
Peranan Idris pula dilihat relevan dalam kontek mengumpulkan maklumat yang tepat bagi disampaikan kepada PM. Ini memudahkan PM bertindak kerana Felda yang dikuasai kerajaan adalah pemegang saham tunggal berkumpulan dalam FGV dengan dominasi 36 peratus.
Idris akan menjadi kunci awal untuk membuka kemelut FGV dan menyampaikan data dan fakta korporat yang tepat kepada PM. Ini membolehkan PM mendapat gambaran jelas sebelum bertindak.
Apa yang pasti, rakyat mengharapkan PM membuat rombakan. Apa pun laporan Idris, di kata rakyat FGV sudah teruk tercemar. FGV memerlukan kumpulan pengurusan baharu yang bebas kepentingan.
Pengerusi dan ALP serta pengurusan yang bercuti elok direhatkan. Bawa pasukan straregik yang mampu memacu semula FGV sebagai syarikat berpretasi tinggi dan dillihat bebas skandal!
Bagi jentera PRU 14 BN, tindakan awal PM setelah mendapat pendangan hasil siasatan Idris akan membantu menyelesaikan masalah FGV. Tanpa tindakan drastik, isu FGV akan menjadi beban berat dalam kempen menjelang PRU 14. Berdasarkan kemelut FGV sekarang, indeks popular BN akan terjejas sekiranya keserabutan FGV dijadikan kempen pembangkang.
Jangan main-main. BN memerlukan sokongan pengundi Felda kekal pada tahap 70 peratus seperti yang diberikan pada PRU 13 lalu. Dalam keadaan sekarang, undi peneroka adalah lubuk emas BN terutama bagi calon-calon Umno.
Imej Isa tidak membantu FGV sejak hari pertama dilantik. Malah, ketika Tan Sri Shahrir Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Isa dilantik ke FGV, pelobi BN dan Umno resah kerana imej Isa tidak menjana sokongan popular.
Sekarang, jentera pilihanraya terpaksa meletakkan isu FGV dalam work list antara yang teratas bagi mendepani persoalan umum. Keadaan FGV yang berkemelut, secara politiknya menjadi beban jentera PRU 14. Kerana FGV akaun masalah yang baharu dan berat sekiranya gagal ditangani.
Segerakan siasatan. Go SPRM Go. Bersihkan mana yang perlu. FGV aset rakyat dan negara. Tangkap dan dakwa siapa saja yang kalau ada bukti mereka terbabit mencabul atau merogol FGV.
Kepada Idris, segera bantu PM menyusun semula FGV! Kami rakyat marhaen sudah muak dengan sikap pengendali GLC dan agensi yang menjadi makhluk perosak dan memusnahkan aset negara! – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbDzto
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV
Anda sekarang membaca artikel SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/sprm-idris-harapan-bersihkan.html