Judul : Skuad China Pilih Berlatih Di Johor
link : Skuad China Pilih Berlatih Di Johor
Skuad China Pilih Berlatih Di Johor
Foto Facebook Johor Southern Tigers |
KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan China bimbingan Marcello Lippi memilih pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai medan persiapan menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Syria bermula hari ini hingga 11 Jun ini.
Menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, skuad di ranking 88 dunia itu meminta untuk menggunakan kemudahan latihan Harimau Selatan, Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru itu berikutan ia adalah yang terbaik di negara ini.
"Persatuan Bola Sepak China meminta untuk menggunakan kemudahan milik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pusat latihan kerana ia adalah kemudahan terbaik yang terdapat di negara ini," menurut paparan yang dikeluarkan laman berkenaan.
"Penggunaan pusat latihan ini secara tidak langsung bukan saja meningkatkan imej kelab JDT tetapi turut menaikkan lagi nama negeri Johor yang semakin pesat membangun."
Sebagai rekod, China ketika ini menghuni tangga kelima Kumpulan A selepas mengharungi tujuh perlawanan dengan mengumpul lima mata manakala Syria di tangga keempat dengan kelebihan tiga mata.
Iran memimpin tangga teratas selepas mengumpul 17 mata diikuti Korea Selatan (13) dan Uzbekistan (12).
Dua pasukan teratas akan layak secara automatik manakala pasukan di tangga ketiga akan mengharungi pusingan empat bagi mencari pasukan kelima terbaik zon Asia.
Perlawanan di antara China dan Syria itu dijadual berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 13 Jun ini. - BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGO9fw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Skuad China Pilih Berlatih Di Johor
Sekianlah artikel Skuad China Pilih Berlatih Di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skuad China Pilih Berlatih Di Johor dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/skuad-china-pilih-berlatih-di-johor.html