Judul : Siti Nordiana Sediakan Tujuh Pasang Baju Raya Untuk Anak
link : Siti Nordiana Sediakan Tujuh Pasang Baju Raya Untuk Anak
Siti Nordiana Sediakan Tujuh Pasang Baju Raya Untuk Anak
Nana bersyukur rezeki semakin melimpah ruah. (Gambar: Mohamad bakar)
Hampir dua dekad menjadi anak seni, juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana bersyukur rezekinya terus murah. Malah hingga saat ini, penyanyi yang mencetuskan fenomena di zaman remaja ketika bersama syarikat rakaman FMC itu tidak menyangka peluang kedua selepas memenangi pertandingan Gegar Vaganza anjuran Astro itu terus mengubah hidupnya kini.
Kini siapa menyangka, penyanyi yang juga pelakon itu berpeluang berduet pula dengan penyanyi bervokal mantap, Jaclyn Victor. Kedua mereka disatukan mendendangkan lagu duet, Nisan Cinta yang turut dijadikan lagu tema drama Dendam Aurora terbitan Global Station.
Siti Nordiana yang mesra dengan panggilan Nana mengakui berdebar juga saat dimaklumkan mengenai projek duet itu.
Lagu ciptaan tiga trio Hael Hussaini, Ezra Kong dan Mike Chan itu sudah pun dirakamkan kedua penyanyi ini secara berasingan beberapa bulan lalu.
“Siapa yang tak kecut perut nak berduet dengan Jaclyn Victor. Memang diakui mutu suaranya power gila. Macam macam juga bermain di fikiran sebelum merakamkan lagu ini.
“Tapi selepas diadunkan bersama kedua bahagian nyanyian kami, ia nampak seimbang. Alhamdulillah. Saya sedar keupayaan diri dan lebih menyanyi lagu pada bahagian yang lembut, Jaclyn semestinya bahagian yang perlu bermain dengan kelantangan vokal.
“Tak sabar juga menanti bagaimana reaksi peminat dan pendengar muzik,” katanya teruja.
Kata pelakon yang meledak menerusi drama Dia Semanis Honey itu, lagu duet itu diharap dapat menjadi penyambung kepada legasi bidang nyanyiannya selepas tampil dengan beberapa single sebelum ini termasuk lagu Pesanan Teragung dan Terus Mencintai.
“Saya harap lagu ini dapat menjadi bukti bahawa nyanyian masih my first love. Mungkin ada yang ingat apabila saya berlakon, dunia nyanyian itu bagai dilupakan,” katanya.
Mengenai persiapan raya, Nana mengakui tahun ini lebih awal melakukannya. Nana juga seperti biasa akan pulang beraya di Felda Sendayan, Negeri Sembilan.
“Selalu Nana buat persiapan raya pada minit akhir. Semua boleh dikatakan sudah siap. Nana pun dapat tajaan baju raya daripada Melinda Looi dalam 10 pasang.
“Untuk anak, Nana sediakan dalam tujuh pasang. Nana ada belikan dia baju Melayu, kurta dan baju moden,” katanya yang bercuti raya sampai raya keempat dan kemudian sudah memenuhi tawaran membuat persembahan raya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFMrMj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Siti Nordiana Sediakan Tujuh Pasang Baju Raya Untuk Anak
Anda sekarang membaca artikel Siti Nordiana Sediakan Tujuh Pasang Baju Raya Untuk Anak dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/siti-nordiana-sediakan-tujuh-pasang.html