Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin

Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin
link : Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin

Baca juga


Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin

MALAYSIA DATELINE

Peneroka Felda


Sistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka hamba kepada tanah rancangan itu dan kerajaan, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, keadaan ini kemudiannya dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memeras ugut peneroka supaya mengundi mereka pada pilihan raya.

A Kadir Jasin“Lingkaran ganas (vicious cycle) ini akan pecah hanyalah jika peneroka berani membebaskan diri daripada belenggu hegemoni Umno dan BN,” katanya menulis dalam blog beliau.

Menurut Kadir, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), bertujuan menghapuskan kemiskinan, keberhutangan dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin namun keadaan sebaliknya berlaku hari ini.

“Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka.
Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.

“Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.

“Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah,” katanya.

Hakikatnya, Kadir berkata, insentif yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan itu sebenarnya ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai, namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin

Sekianlah artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem Felda jadikan peneroka hamba kerajaan, kata Kadir Jasin dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/sistem-felda-jadikan-peneroka-hamba.html

Subscribe to receive free email updates: