Judul : Siri Peranti Samsung Galaxy J (2017) Diperkenalkan Di Eropah
link : Siri Peranti Samsung Galaxy J (2017) Diperkenalkan Di Eropah
Siri Peranti Samsung Galaxy J (2017) Diperkenalkan Di Eropah
Samsung mempunyai beberapa siri peranti, iaitu Galaxy S yang hadir dengan spesifikasi tinggi, Galaxy A dengan spesifikasi pertengahan tetapi ciri-ciri premium, dan akhir sekali Galaxy J dengan spesifikasi asas-pertengahan. Terkini, di Eropah, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan siri peranti Galaxy J mereka untuk tahun 2017 ini.
Seperti sebelum ini, tiga peranti ditawarkan dibawah Galaxy J (2017), iaitu Galaxy J3, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7.
Paling asas dalam ketiga-tiganya adalah Galaxy J3 (2017). Peranti ini hadir dengan skrin 5-inci, dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Samsung melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 2400mAh.
Galaxy J5 (2017) pula hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini turut menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel, serta pengimbas cap jari.
Dan akhir sekali, Galaxy J7 (2017) pula hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip lapan-teras 1.6Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 3600mAh. Ia juga menggunakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel, selain menyertakan pengimbas cap jari.
Ketiga-tiga peranti ini turut dilengkapi Android 7.0 Nougat serta antaramuka Samsung tersendiri.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan. Memadangkan permintaan peranti Galaxy J adalah tinggi di Malaysia, tidak mustahil kita melihatnya dalam masa terdekat ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sB0gJo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Siri Peranti Samsung Galaxy J (2017) Diperkenalkan Di Eropah
Anda sekarang membaca artikel Siri Peranti Samsung Galaxy J (2017) Diperkenalkan Di Eropah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/siri-peranti-samsung-galaxy-j-2017.html