Judul : Sekarang tiba-tiba viral tentang Dayang Senandung lepas netizen hentam iklan raya Watson, siapa sebenarnya Dayang Senandung ni?
link : Sekarang tiba-tiba viral tentang Dayang Senandung lepas netizen hentam iklan raya Watson, siapa sebenarnya Dayang Senandung ni?
Sekarang tiba-tiba viral tentang Dayang Senandung lepas netizen hentam iklan raya Watson, siapa sebenarnya Dayang Senandung ni?
Orang Melayu memang terkenal dengan kisah-kisah Melayu klasik atau pun cerita rakyat yang diceritakan dari turun temurun. Malahan banyak cerita sebegini yang diangkat ke layar perak dan sehingga kini boleh ditonton oleh semua generasi.
Antaranya ialah Hikayat Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Si Tanggang, Singapura Dilanggar Todak, Dayang Senandung dan banyak lagi. Walaupun ada sesetengah babak dalam cerita ini yang tidak dapat diterima akal seperti wujudnya unsur-unsur magis, sumpahan dan sebagainya namun ianya penuh dengan pengajaran.
Sebagai contoh cerita Dayang Senandong yang disumpah menjadi hitam dari kecil. Pelbagai dugaan dilalui Dayang Senandong antara terpaksa hidup berasingan, dibenci mak mertua dan banyak lagi.
Korang ingat tak cerita ini? Rasanya sekitar 2009 ada satu drama bersiri bertajuk Senandung Si Dayang lakonan Almy Nadia yang diadaptasi dari kisah Dayang Senandong. Memang hitam legam Almy Nadia dalam drama itu tapi sekadar lakonan bagi menghidupkan watak.
Dayang Senandong mengisahkan tentang seorang puteri raja yang terkena sumpahan ketika baru dilahirkan. Atas arahan tabib, sumpahan itu boleh dihapuskan tetapi dengan syarat puteri raja keluar dari tinggal di istana. Apabila telah dewasa, Dayang Senandong menjadi sorang gadis yang pandai mengaji dan bersuara merdu.
Raja Kamaruzaman pula adalah raja Negeri Cahaya Nila yang singgah ke Pulau Senandung untuk menambah bekalan. Apabila terdengar suara Dayang Senandong mengaji, baginda cuba mencari- cari arah datangnya suara itu. Setelah berusaha pelbagai cara, akhirnya baginda dapat tahu bahawa gadis tersebut adalah anak kadi dan tanpa melihat wajah terlebih dahulu, baginda (yang menyamar sebagai saudagar) bersetuju untuk bernikah. Alangkah terkejutnya Raja Kamaruzaman apabila melihat bahawa isteri yang dinikahinya berkulit hitam. Tetapi Raja Kamaruzaman menerima segala kekurangan Dayang Senandong.
Dayang Senandong dibawa tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli mak mertuanya yang bencikan dia. Bila Raja Kamaruzaman pergi keluar bekerja ke negeri lain, mak mertuanya dera dan suruh Dayang Senandong buat semua kerja-kerja orang gaji walaupun ketika itu dia sedang mengandung. Sehingga sampai satu hari semasa suaminya tiada, mak mertua arahkan org istana untuk membuang Dayang Senandong ke hutan dan membunuhnya. Oleh kerana tak sampai hati, pengawal istana tak bunuh Dayang Senandong namun sebaliknya membunuh monyet bagi membawa pulang bukti darah.
Sumpahan Dayang Senandong terhapus sewaktu dia melahirkan anak keseorangan di dalam hutan. Dayang Senandong tinggal di dalam hutan bersama anaknya sehinggalah suatu hari beliau ditemui oleh Raja Iskandar, adik kandungnya sendiri. Berang Dayang Senandong dibiarkan hidup melarat seperti itu, Raja Iskandar melancarkan perang terhadap ibu mertua Dayang Senandong. Selepas itu Dayang Senandong bersama Raja Iskandar pergi menyelamatkan suaminya Raja Kamaruzaman yang ditawan Raja Shamsir.
Banyak sebenarnya pengajaran daripada cerita klasik Dayang Senandung ini. Antaranya jangan menilai seseorang berdasarkan paras rupa. Seperti di dalam video “Lagenda Cun Raya Watsons” yang diadaptasi dari cerita hikayat ini yang mengisahkan tentang saudagar kaya Al Kazam lakonan Kamal Adli tetap memilih dan menerima Harum Senandung lakonan Ruhainies yang berkulit gelap.
Menurut Watsons, apa yang mahu dipaparkan di dalam video tersebut ialah kisah kecantikan dalaman, luaran dan kemerduan suara Dayang Senandong sehingga membuatkan Raja tertarik seterusnya jatuh cinta. Watsons bagaimanapun memadam video terbabit dan memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung sambil menyifatkan mereka sangat menghormati semua.
Kami yakin Watsons tidak berniat mahu menyinggung atau melukakan hati sesiapa kerana kisah tersebut diadaptasi dari cerita klasik seperti yang dijelaskan oleh mereka. Apa-apa pun mungkin lepas ini Watsons kena lebih berhati-hati! Chill lah! #KamiMaafkanWatsons
Via: Oh Bulan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQpNy1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Sekarang tiba-tiba viral tentang Dayang Senandung lepas netizen hentam iklan raya Watson, siapa sebenarnya Dayang Senandung ni?
Anda sekarang membaca artikel Sekarang tiba-tiba viral tentang Dayang Senandung lepas netizen hentam iklan raya Watson, siapa sebenarnya Dayang Senandung ni? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/sekarang-tiba-tiba-viral-tentang-dayang_17.html