'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM

'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
link : 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM

Baca juga


'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM

KEMAMAN: Seorang saksi nahas pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 pagi tadi, Siti Zamilah Mohd Hussin, 27, berkata dia terperanjat terlihat dua lelaki berpayung terjun ketika sedang menyapu sampah di halaman rumahnya di atas bukit di Kampung Pondok Pasir kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Menurutnya, dia melihat dua lelaki berpayung terjun  selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

Dua lelaki berkenaan dilihat jatuh ke arah kawasan belakang rumahnya.

“Saya sedang sapu sampah dengan suami, saya dengar bunyi dentuman. Saya ingat latihan. Saya terlihat payung. Saya panggil anak-anak. Tidak tahu apa, saya lihat dia lambai, saya lambai balik.

“Selepas itu abang kata ada yang terjatuh, saya kata saya ada nampak,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu beberapa saksi lain berkata, pesawat pejuang terbabit dilihat terbang rendah di kawasan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini sebelum terhempas.

Menurut Hafizuddin Yunus, 32, ketika itu  dia sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman di Bukit Takal menghala ke Kampung Ibok.

“Masa tu lebih kurang pukul 11 pagi. Pesawat itu lalu ikut atas kepala memang seakan benda (pesawat) itu jatuh.

“Saya kata macam bunyi jet jatuh, memang kuat bunyi benda itu. Lepas tu pesawat menghala ke arah sini. Saya orang yang pertama nampak,” katanya.

Menurutnya lagi, pesawat terbabit meluncur ke arah kawasan sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi.

“Benda tu memang nampak menghala menjunam ke Seri Bandi, menjunam ke arah Kampung Teluk Pasir tempat orang memancing, menghala ke Seri Bandi,” katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan dalam radius 40 kilometer sekitar kampung Yak Yah.

Operasi membabitkan  20 anggota polis, 13 anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, 23 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sembilan kakitangan Hospital Kemaman dan dua anggota tentera.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia selepas pesawat jenis Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 ditemukan pada pukul 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan, dalam keadaan masih memakai payung terjun.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssM87q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM

Sekianlah artikel 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/saya-ingat-dia-lambai-saya-lambai-balik.html

Subscribe to receive free email updates: