Judul : Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku
link : Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku
Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku
Seorang bapa terkilan dan tidak menyangka, anak bongsu yang dijaganya dengan penuh kasih sayang selama ini, rupanya bukan dari darah dagingnya sendiri. Lebih menghancurkan lagi hatinya, perkara itu disembunyikan oleh isterinya sendiri selama 4 tahun, hasil hubungan sulit dengan kekasih gelapnya.
Amirul, 35, berkata, anak bongsu yang berusia empat tahun itu dijaganya seperti dua anaknya yang lain. Sehinggalah status kanak-kanak itu terbongkar hasil dari ujian DNA yang menunjukkan 99.9% sama dengan kekasih gelap isterinya.
Menurut Amirul, semuanya btermula pada 2010 apabila dia sering mendengar ada orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri), Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat yang juga berstatuskan suami orang. Bagaimanapun, dia hanya menganggap itu semua hanya sekadar cakap-cakap orang dan tidak ambil pusing mengenainya.
Sehinggalah suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumah memaklumkan mengenai hubungan sulit mereka.
“Saya terkejut mendengar berita itu. Apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa dengan saya. Saya dapatkan penjelasan dari isteri saya, akhirnya dia mengaku mempunyai skandal dengan lelaki itu,” katanya.
Tidak sanggup menerima berita itu, Amirul menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
“Saya buat begitu kerana sikapnya tidak pernah berubah meskipun telah diberikan peluang,” katanya.
Dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberikan peluang kepada Rafidah untuk berubah dan menginsafi dirinya demi masa depan anak-anak. Atas kesepakatan itu, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.
Malangnya, kebahagian itu tidak kekal lama. Isterinya hanya berubah buat seketika sahaja.
Pada November 2014, Amirul dimaklumkan melalui rakan-rakan pejabatnya bahawa Rafidah mula menjalinkan semula hubungan dengan kekasih lama sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.
“Mereka merupakan penjawat awam di pejabat yang sama. Tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur walaupun mereka telah pun berkeluarga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk menceraikannya buat kali kedua sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwato leh JHEAINS pada Ogos 2010 di sebuah hotel di Jempol,” katanya.
Setelah berpisah, bekas isteri bersetuju menyerahkan dua anak dan hak penjagaan kepada Amirul kecuali anak bongsu.
Amirul kemudian mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila abangnya menegur paras rupa anak bongsunya dengan adik beradik yang lain tidak sama. Malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.
Apabila diteliti, paras rupa anak bongsunya itu mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu bahawa anak itu sebenarnya bukan darah dagingnya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, beri kasih sayang dan menjaganya sepanjang tempoh berpantang, ini balasan yang diterima. Saya tidak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah memfailkan ke mahkamah syariah untuk menentukan nasib anak itu yang selama ini ber’bin’kan nama saya,” katanya.
Jelas Amirul kepada Sinar Harian, dia berkongsikan kisah ini sebagai memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. – PIXEL MEDIA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAy7DJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku
Sekianlah artikel Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rupanya Anak Bongsu Itu Bukan Darah Dagingku dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/rupanya-anak-bongsu-itu-bukan-darah.html