Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun
link : Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Baca juga


Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun


SEORANG isteri berusia 34 tahun trauma apabila menjadi mangsa rogol penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang dipecah masuk sekumpulan perompak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan kehadiran tiga perompak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa turut diacukan pisau dan diugut oleh seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri sebelum dirogol. Sementara, dua lagi perompak berada di luar bilik.

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh.

“Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Tambah Yusof, setelah mengetahui kejadian itu, suami mangsa dan jiran berusaha mengejar suspek tetapi gagal.


Sementara itu, pemeriksaan di sekitar kawasan rumah mendapati terdapat kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.

Selain dirogol, beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 milik mangsa turut dicuri.

Mangsa dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama. – MYNEWSHUB.CC


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun

Sekianlah artikel Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rumah Kena Rompak, Isteri Dirogol Penyamun dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/rumah-kena-rompak-isteri-dirogol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :