Judul : Rangka Nuri Tular Adalah Barangan Lupus
link : Rangka Nuri Tular Adalah Barangan Lupus
Rangka Nuri Tular Adalah Barangan Lupus
KUALA LUMPUR – Gambar rangka Helikopter Nuri M23-15 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial adalah barangan dilupus dan ia ditempatkan di sebuah bengkel barangan lusuh di Sungai Petani, Kedah.
Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata ia merupakan rangka kosong yang dihantar untuk kerja-kerja pemotongan dan perkara itu dibuat mengikut Pemeriksaan Pelupusan aset alih.
“Kerja-kerja pemotongan rangka helikopter itu hanya dapat dilaksanakan semalam (12 Jun) dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada Jumaat ini. Pelupusan rangka helikopter dibuat secara jualan sisa yang dipotong terlebih dahulu manakala komponen mekanikal telah dikeluarkan serta diserahkan kepada TUDM untuk dibaikpulih bagi kegunaan operasi.
“”Atas faktor keselamatan, rangka helikopter berkenaan telah dikeluarkan daripada Pangkalan Udara Butterworth pada Jumaat lepas dan dihantar ke bengkel barang-barang lusuh milik Encik Hamid Yakoob,” kata kenyataan itu.
Gambar helikopter Nuri itu telah menjadi tular di media sosial Ahad lepas dan ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pihak tertentu serta mencalarkan imej Kementerian Pertahanan serta TUDM.
Selaras dengan pemeriksaan pelupusan aset alih yang dilaksanakan pada 14 Nov lepas kerajaan telah memutuskan untuk melupuskan aset alih kerajaan pesawat itu pada Disember tahun lepas.
Helikopter yang dilupuskan itu telah terlibat dalam kemalangan di Pulau Perak pada Disember 2013 manakala faktor utama pesawat ini dilupuskan adalah kerana rangka pesawat berkenaan telah mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat digunakan lagi, katanya.
“Memandangkan keadaan fizikal helikopter Nuri itu yang mengalami kerosakan teruk dan pihak kerajaan pula terpaksa menanggung kos yang amat tinggi, maka kerajaan memutuskan bahawa Nuri terpaksa dilupuskan serta tidak dibaiki sebagai bahan pameran di mana-mana muzium, ” kata kenyataan itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syzNPg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Rangka Nuri Tular Adalah Barangan Lupus
Anda sekarang membaca artikel Rangka Nuri Tular Adalah Barangan Lupus dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/rangka-nuri-tular-adalah-barangan-lupus.html