Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi

Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi
link : Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi

Baca juga


Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan kompleks operasi percetakan al-Quran, Nasyrul Quran yang bernilai RM60 juta dengan sasaran untuk mencetak satu juta naskhah al-Quran setahun.

Sambil menegaskan Nasyrul Quran akan menjadi kompleks operasi kedua terbesar cetakan al-Quran di dunia selepas Arab Saudi, pembinaan kompleks di Putrajaya itu bukan untuk tujuan bersaing dengan mana-mana negara.

"Menjadi nombor kedua selepas di Madinah, Arab Saudi bukan untuk kita riak dan jauh sekali takbur.

"Tetapi Malaysia sebagai negara yang wasatiyah mahu terus membantu dunia Islam menerusi mushaf kita," katanya pada ucapannya sempena Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran di Presint 14, di Putrajaya.

Ahmad Zahid juga berkata, daripada sasaran sebanyak sejuta cetakan al-Quran setahun itu, 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.

Negara-negara itu antaranya adalah Indonesia, Papua, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

Manakala selebih 70 peratus naskah al-Quran yang dicetak di kompleks seluas lima ekar yang mula beroprasi hari ini akan digunakan untuk tujuan tempatan.

Untuk rekod, kompleks cetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah adalah terbesar di dunia. Keluasannya adalah 61 ekar dengan 10,000 juta cetakan al-Quran setahun.

Waqaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 adalah program amal jariah bagi mengumpulkan dana penerbitan al-Quran untuk diwakafkan kepada negera-negara minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan atau pihak-pihak memerlukannya di dalam dan luar negara.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

LIHAT VIDEO DI SINI




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi

Sekianlah artikel Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pusat-cetakan-al-quran-malaysia-mula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :