'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan

'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan
link : 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan

Baca juga


'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan

MALAYSIA DIGEST


SHAH ALAM: Kempen 'Puasa for Malaysia' yang dijangka dianjurkan pada 17 Jun ini tidak wajar diteruskan kerana ia jelas merupakan satu penghinaan kepada agama dan masyarakat Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata, kempen yang kononnya dikatakan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia itu terang-terangan melanggar syariat Islam apabila telah lari dari niat asal iaitu berpuasa kerana Allah.

"Ini adalah menghina agama Islam kerana Islam mengajar bahawa berpuasa itu semata-mata kerana Allah, ini satu penghinaan, satu pendustaan kepada agama.

"Ini (puasa) benda syariat, maka ia merupakan ibadah, jadi ibadah ikhlas semata-mata kerana Allah, jadi sebab itu niat puasa kita kerana Allah bukan selain Allah," katanya kepada Antarapos.

Beberapa hari lalu, tersebar satu jemputan di media sosial untuk mengajak rakyat Malaysia menahan lapar dan dahaga pada 17 Jun ini.

Difahamkan, ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, yang mana didakwa diadakan atas semangat solidariti bagi memupuk perpaduan dan keamanan selain menggalakkan persefahaman antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, terdapat laporan mendakwa kempen tersebut merupakan anjuran seorang pejuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang paderi yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan melibatkan belia-belia Islam.

Acara itu turut menjemput rakyat Malaysia mengadakan pertemuan untuk sahur dan berbuka puasa, masing-masing pada pukul 4 pagi dan 6.45 petang hari yang sama di dua restoran berasingan di Bangsar.

Mengulas lanjut, Ismail secara lantang menolak kononnya acara sedemikian mampu memupuk perpaduan sebaliknya ia lebih menjurus kepada pemikiran liberal yang merosakkan imej Islam.

Malah tegasnya, penganjur kempen tersebut wajar disiasat supaya mereka tidak sewenang-wenangnya melakukan 'penghinaan' terhadap agama Islam.

"Inilah pintu-pintu pemikiran liberal untuk meliberalkan syariat Islam, pakai otak, pakai akal sahaja.

"Mereka ni satu-satu nak merungkai syariat Islam, sedikit demi sedikit mereka nak meliberalkan, maka ini adalah agenda untuk melaksanakan dekonstruktivisme agama.

"Kita kena teliti siapa penganjur 'Puasa for Malaysia', kita kena tengok juga unsur penganjurnya sebab hal ini sangat ditekankan oleh Islam, penganjur itu kita kena kenali mereka, siapa mereka.

"Kalau ada keperluan, pihak berkuasa wajib memanggil mereka dan kalau belum dibuat lagi maka perlu dibatalkan perkara ini," katanya lagi.

Sebelum ini Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid yang mengulas mengenai kempen itu berkata, ibadah puasa yang wajib ke atas umat Islam adalah kerana Allah.

Beliau menambah, selain berpuasa makan dan minum, umat Islam juga disarankan menjaga tatatertib dan kelakuan serta berbuat kebaikan dan memperbanyakkan ibadah.

Tambahnya, jika mahu Malaysia aman dan rakyat bersatu-padu, ia boleh dilakukan dengan cara memohon doa dan mendapatkan keberkatan tanpa melibatkan ibadah puasa.- Antarapos



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan

Sekianlah artikel 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Puasa For Malaysia' Penghinaan Kepada Islam, Tak Wajar Diteruskan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/puasa-for-malaysia-penghinaan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :