Judul : Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk
link : Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk
Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk
TELUK INTAN – Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi kawasan Parlimen Teluk Intan kini dalam proses mendapatkan kelulusan reka bentuk, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.
Beliau berkata projek itu yang melibatkan pembinaan 1,000 unit PR1MA akan dibina di atas kawasan seluas 40.46 hektar di Batu 5, Changkat Jong, berhampiran projek kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
“Melihat pada perkembangan projek ini, saya minta khususnya anak-anak tempatan agar mengambil kesempatan mengisi borang (memohon unit PR1MA) dalam laman web Perbadanan PR1MA Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan hak milik dan surat tawaran tanah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Batu 14, Kampung Ayer Hitam kepada 122 penerima yang terdiri daripada penduduk setempat.
Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata pembinaan fasa pertama PR1MA itu melibatkan 500 unit kediaman dan dijangka menggunakan konsep pasang siap Sistem Binaan Berindustri.
Mengenai majlis hari ini, beliau berkata seramai 77 individu menerima geran tanah manakala 45 lagi mendapat surat tawaran. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKRVTu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk
Anda sekarang membaca artikel Projek PR1MA Teluk Intan Kini Fasa Reka Bentuk dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/projek-pr1ma-teluk-intan-kini-fasa-reka.html