Judul : PM Najib yakin masa depan FGV cerah selepas penuyusunan semula
link : PM Najib yakin masa depan FGV cerah selepas penuyusunan semula
PM Najib yakin masa depan FGV cerah selepas penuyusunan semula
"Penyusunan semula ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV pada landasan yang lebih kukuh dari segi urusan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam blog najibrazak.com hari ini.
Beliau berkata keputusan sebulat suara telah dibuat, yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, dan melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.
Berhubung siasatan ke atas FGV, Najib berkata tindakan dalaman akan diambil bagi menentukan proses keadilan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu lain."Ingin saya tegaskan bahawa siasatan bukanlah bererti mereka bersalah, sebaliknya tindakan ini adalah sebahagian daripada prinsip tadbir urus syarikat senaraian awam, dan sesudah ia selesai, pihak Lembaga Pengarah FGV akan membuat keputusan yang seadil dan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Zakaria dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mematuhi cadangan dalam laporan Datuk Seri Idris Jala, termasuk pelantikan Sulaiman sebagai Pemangku Pengerusi.
"Mengenai siasatan dalaman yang dimulakan oleh Tan Sri Isa Samad, saya yakin saya akan dibuktikan sebagai tidak bersalah.
"Sebab itu saya mendapatkkan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam yang akan menguruskan perkara itu," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMWkDS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel PM Najib yakin masa depan FGV cerah selepas penuyusunan semula
Anda sekarang membaca artikel PM Najib yakin masa depan FGV cerah selepas penuyusunan semula dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pm-najib-yakin-masa-depan-fgv-cerah.html