PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI

PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI
link : PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI

Baca juga


PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI

Hampir sebulan selepas arahan dikeluarkan, PKR Kelantan setakat ini masih belum meletak jawatan lantikan politik di negeri itu.

Bagaimanapun kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia mungkin akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir Julai ini.

Ditemui media di Petaling Jaya hari ini presiden PKR itu memberitahu, setiausaha agung parti itu sudah bertemu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan baru-baru ini.

“Masalah ini akan diselesaikan.

“Dalam urusan pentadbiran ada aspek teknikal yang perlu dilalui sebelum tindakan diambil,” katanya.

Dr Wan Azizah ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Pada 16 Mei lalu, bekas senator Saiful Izham Ramli, menyarankan anggota dan pimpinan PKR di Kelantan meletak semua jawatan lantikan politik ekoran keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan mereka.

Kata Saiful Izham, ketegasan itu boleh menghantar mesej kepada rakyat bahawa PKR benar-benar meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

“Kalau nak melihat PAS mengarahkan pemimpin mereka yang mendapat lantikan politik di Selangor meletakkan jawatan, PKR kena mulakan langkah dulu untuk menunjukkan kita ada prinsip dalam konteks melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya kepada Malaysiakini.

PAS tanding semua kerusi

Pada malamnya, mesyuarat Biro Politik PKR memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta-merta.

Kata Dr Wan Azizah keputusan berkenaan sudah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Namun sehingga kini belum jelas kedudukan pemimpin dan anggota PKR di Kelantan.

Pada 3 Jun lalu Malaysiakini melaporkan belum ada anggota PKR meletak jawatan seperti diarahkan kepimpinan tertinggi mereka.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata mereka tidak meletak apa-apa jawatan dan setakat ini ia berjalan seperti biasa.

“Satu persefahaman yang di luar daripada apa yang kita fikirkan,” katanya.

Wakil tunggal PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamad Roslan Puteh, pula berkata peletakan jawatan itu tidak dibuat kerana ia masih di peringkat rundingan.

“Lantikan politik (itu merujuk) ahli majlis, penghulu dan penyelia, sehingga hari ini belum lagi letakkan jawatan kerana masih di peringkat berunding antara pimpinan negeri Kelantan dan (PKR) pusat walaupun ada uar-uar letak jawatan tapi surat rasmi yang saya tahu belum dihantar,” katanya.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dan PKR hanya mempunyai seorang wakil di situ.

PAda 3 Jun lalu PAS Kelantan sudah mengumumkan untuk meletak calonnya di semua kerusi di negeri itu, bermakna mereka juga akan bertanding di kawasan yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8ZDcU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI

Sekianlah artikel PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR LETAK JAWATAN DI KELANTAN PALING LEWAT JULAI dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pkr-letak-jawatan-di-kelantan-paling.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :