Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis

Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis
link : Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis

Baca juga


Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis

Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis

Penjawat awam didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. (Gambar: Mohd Najib Tun Razak - Twitter)

Kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda pada 30 April lalu mendakwa lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko muflis berikutan kegagalan menguruskan hutang pinjaman memberikan pelbagai persepsi yang menakutkan. 

Menurut Azih, penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. 

“Sekarang yang sudah diisytihar muflis lebih 3,000 orang, kalau tidak dibendung, jumlah itu akan bertambah," katanya.

Sebelum ini media pula melaporkan sebanyak 22,581 kes muflis direkodkan Jabatan Insolvensi Malaysia bagi individu berumur 25 sehingga 34 tahun dari tempoh 2012 sehingga September pada tahun lalu. Sebanyak 22,153 daripada kes muflis tersebut melibatkan pinjaman peribadi manakala 18,819 kes adalah pinjaman perumahan. 

CADANGAN MTUC 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan baru-baru ini mengemukakan cadangan yang agak radikal untuk menangani perkara ini iaitu meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi sifar kadar faedah oleh pihak bank kepada orang ramai. 

Pinjaman perumahan dan peribadi sifar kadar faedah itu dicadangkan khusus untuk golongan pekerja dalam kategori pendapatan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40)

Setiausaha Agungnya, J.Solomon berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan itu berikutan kos sara hidup dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu ketika ini. 

"MTUC mahu Kementerian Kewangan menyeru semua bank agar berganding bahu dengan kerajaan dalam memenuhi agenda negara dan tanggungjawab sosial korporat bank. 

"Pihak bank perlu menyediakan pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi sifar kadar faedah bagi pekerja-pekerja dalam kategori B40 dan M40. MTUC mengesyorkan pinjaman perumahan sehingga RM500,000 dan pinjaman peribadi 10 kali gaji asas bulanan. 

"Pinjaman perumahan adalah untuk pemilikan rumah pertama dan pinjaman peribadi pula untuk digunakan sebagai kemudahan bayaran asas," katanya.

MTUC mengesyorkan pinjaman perumahan sehingga RM500,000 dan pinjaman peribadi 10 kali gaji asas bulanan.

PINJAM ALONG, SKIM CEPAT KAYA 

Solomon berkata, mereka yang berpendapatan rendah berhadapan dengan masalah serius dalam memenuhi keperluan hidup gara-gara kos sara hidup meningkat.

Beliau melahirkan kebimbangan golongan terbabit terpaksa mendampingi 'along' untuk mendapatkan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi sebagai jalan keluar daripada permasalahan tersebut. 

Katanya, golongan terbabit berkemungkinan juga mengambil bahagian dalam skim cepat kaya yang seringkali membuatkan mereka tertipu sekali gus boleh memberi kesan sosial yang serius.

BUKAN PELABURAN SPEKULATIF 

Solomon menambah, cadangan MTUC itu bagaimanapun bukan pelaburan spekulatif. Kerajaan diminta melanjutkan konsesi cukai kepada bank bagi menggalakkan mereka menawarkan kemudahan pinjaman sifar kadar faedah. 

"Kami yakin usaha ini akan mendapat sambutan positif daripada pihak bank. Langkah ini apabila dilaksanakan akan mengatasi masalah sosial dan kekecewaan yang boleh membawa kepada kesan-kesan sosial yang lain. 

"Kami juga yakin kemudahan ini akan membolehkan golongan yang berpendapatan rendah membina kehidupan yang berkualiti untuk diri mereka dan juga keluarga masing-masing," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tj4Axj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis

Sekianlah artikel Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pinjaman Sifar Kadar Faedah Bantu Penjawat Awam Atasi Status Muflis dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pinjaman-sifar-kadar-faedah-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: