Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman
link : Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Baca juga


Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

PUTRAJAYA: Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak akan dicapai tanpa perkhidmatan awam yang cemerlang dan antara terbaik di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya beliau telah pergi ke banyak negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh hampir sama seperti Malaysia, tetapi tidak dapat mencapai tahap pembangunan yang dikecapi Malaysia seperti hari ini.

"Negara kita dikelilingi oleh pelbagai konflik (di negara lain) di utara, timur dan sebagainya, tetapi mengapa Malaysia dapat bertahan dan mungkin berada di hadapan kerana kita mempunyai salah satu perkhidmatan awam yang terbaik di dunia.

"Ahli politik seperti saya datang dan pergi...tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. Terutamanya pada mesyuarat kabinet, saya sangat kagum apabila dokumen, kertas kerja, statistik terkini dan sebagainya semua ada di atas meja. Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sekalung Budi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang menamatkan perkhidmatannya pada Isnin.

Rahamat Bivi akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkuatkuasa Rabu ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di EPU, di sini, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui EPU sejak 19 Okt 2011.

"Selama menerajui EPU saya mengaku saya memang garang, tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini," kata Rahamat Bivi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLq199

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Sekianlah artikel Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/perkhidmatan-awam-malaysia-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :