Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit

Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit
link : Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit

Baca juga


Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit

Rasanya penat dah Cik Pang berkongsi cerita mengenai kisah Aiman Tino letak harga dan pihak pengurusannya meminta bayaran tinggi untuk penyanyi muda itu menyanyi.

Perkara itu pun sudah diperjelaskan berkali-kali oleh Aiman bagi mengelakkan salah faham timbul agar tidak berpanjangan.

Bagaimanapun, apabila mendengar cerita pihak pengadu dan kemudian penjelasan diberikan Aiman sendiri, membuatkan kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang ‘pusing’ cerita sebenarnya.

Bagi Cik Pang sendiri, soal letak harga itu terpulanglah. Tambah pula nama Aiman tengah panas, memanglah pihak pengurusannya akan letak harga. Bak kata orang, apabila sekarang ini tengah ada permintaan, inilah waktu terbaik untuk buat duit.

Mereka yang mempelawa pula, kalau tidak mampu bayar jumlah yang diminta itu, cari saja penyanyi lain. Ada juga penyanyi yang tidak berapa popular tetapi vokal dan persembahannya jauh lebih baik dan hebat. Ibaratnya wang yang dikeluarkan itu lebih berbaloi.

Cuma baru-baru ini ada rakan media sendiri mengadu yang dia kecewa dengan pengurusan Aiman sewaktu dia menghubungi bagi mendapatkan khidmat Aiman menyanyi dalam majlis yang bakal dianjur.

Kata teman itu, harga ditetapkan cecah berbelas ribu dan seperti biasa pihak pengurusan menetapkan jumlah bayaran bagi tempoh dan berapa jumlah lagu dinyanyikan.

Teman Cik Pang faham perkara itu cuma apa yang membuatkan dia kecewa ialah cara pihak pengurusan menangani situasi sewaktu berurusan.

Kata teman itu mereka hanya ada bajet kecil dan minta budi bicara tapi tanpa mendengar penjelasan lebih lanjut mengenai tawaran dibuat, pihak pengurusan Aiman katanya tiba-tiba berlakon kononnya talian tidak berapa baik dan seterusnya memutuskan talian.

Kalau tidak mahu percaya aduan teman Cik Pang ini tidak boleh juga kerana tak mungkin teman media mahu buat-buat cerita sesama teman media.

Dalam hal ini, terpulang pada pendirian dan pandangan masing-masing. Bak kata seorang lagi teman media yang mendengar luahan terbabit. Sekarang ini memanglah pihak pengurusan Aiman boleh ‘demand’ tapi tunggulah empat lima tahun lagi. Waktu itu kalau dibayar RM500 pun mungkin dia terima.

Ada juga benarnya kata teman seorang lagi itu. Dunia ini berputar, sekejap kita berada di atas dan sekejap di bawah. Tambah pula zaman persaingan yang sangat sengit dengan begitu ramai penyanyi baru dan muda.

Kadang-kadang budi bicara itu yang akan dikenang orang. Mana tahu masa akan datang teman media itu yang diperlukan untuk membantu. Siapa tahukan?

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6GNz0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit

Sekianlah artikel Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengurusan Aiman Tino buat hal minta bayaran cecah berbelas ribu ringgit dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pengurusan-aiman-tino-buat-hal-minta_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :