Judul : Pembeli Dakwa Pasaraya Terkenal Jual Beras Tiruan
link : Pembeli Dakwa Pasaraya Terkenal Jual Beras Tiruan
Pembeli Dakwa Pasaraya Terkenal Jual Beras Tiruan
SEJAK kebelakangan ini, heboh diperkatakan di media sosial mengenai makanan palsu yang dihasilkan daripada plastik sintetik memasuki pasaran Malaysia sehingga membuatkan rakyat di negara ini bimbang tentang kesahihan perkara tersebut.
Jika sebelum ini kecoh mengenai telur palsu yang dijual di sebuah pasaraya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kali ini pula, seorang lelaki yang dikenali sebagai P.Bhaskaran mendakwa membeli beras tiruan di sebuah pasaraya di Kulai, Johor.
Lelaki berusia 60 tahun itu membuat laporan polis selepas mendapati beras wangi AA Siam pilihan pasaraya Tesco seberat lima kilogram yang dibeli dengan harga RM21.85 adalah palsu.
Menurutnya, dia menghadapi masalah untuk mengunyah nasi yang telah dimasak kerana teksturnya agak keras.
Lebih mengejutkan apabila beras tersebut menghasilkan bau plastik selepas dibakar.
Susulan itu, dia mendakwa pasaraya tersebut telah menjual beras tiruan dan satu laporan polis dibuat untuk dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya. -MYNEWSHUB.CC
Video dibawah sekadar hiasan :
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4r6wm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Pembeli Dakwa Pasaraya Terkenal Jual Beras Tiruan
Anda sekarang membaca artikel Pembeli Dakwa Pasaraya Terkenal Jual Beras Tiruan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pembeli-dakwa-pasaraya-terkenal-jual.html