Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara

Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara
link : Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara

Baca juga


Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara



Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mencabar pembangkang supaya membuktikan dakwaan terdapat 300,000 orang masyarakat India yang tidak mempunyai kerakyatan di negara ini.

Beliau mahu pembangkang tampil mendaftarkan mangsa dalam program Mega MyDaftar 2017 sebelum 22 Jun ini.

Pembangkang yang gemar melemparkan dakwaan itu tanpa sebarang bukti kukuh boleh menggunakan program nasional itu sebagai platform membuktikan dakwaan mereka bukan sekadar cakap kosong.

“Pembangkang harus mengenepikan ideologi politik masing-masing dan memanfaatkan program Mega MyDaftar ini untuk mendaftarkan mereka yang didakwa tidak mempunyai kerakyatan.

“Inilah masanya untuk pembangkang buktikan dakwaan itu dengan membantu kita membawa kesemua mereka yang tanpa kerakyatan dan mendaftarka dalam my Daftar ini.

“Jangan selepas program MyDaftar ini selesai, sekali lagi ada mendakwa ada 200,000 orang lagi masih tidak ada kewarganegaraan, saya tidak mahu lihat situasi itu,” katanya pada sidang media program keenam Mega MyDaftar 2017 di bawah Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India di sini hari ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada pelan induk bertempoh 10 tahun itu yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 April lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Turut hadir ke program itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk M. Saravanan.

Subramanian berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran kononnya terdapat kira-kira 300,000 orang masyarakat India tidak memiliki kewarganegaraan di negara ini bagaimanapun tiada sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Beliau juga menegur pembangkang dan pihak lain di luar sana yang terus mengkritik segala inisiatif serius yang diambil kerajaan Barisan Nasional kepada komuniti ketiga terbesar negara ini.

“Saya dapat lihat wakil dan sukarelawan dari 13 badan bukan kerajaan India negara ini, parti politil seperti myPPP dan Gerakan turun berganding bahu dengan kami hari ini.

“Ini satu isyarat jelas bahawa kita mengambil berat isu kewarganegaraan dalam kalangan masyarakat India yang berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

“Lagi pun program ini bukan dianjurkan oleh kami di pejabat MIC, walhal ia diadakan di agensi kerjaan dengan kerjasama JPN dan KDN yang komited menangani perkara ini dan pembangkang patut membantu bersama,” tegasnya.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu program itu, Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, sejak dimulakan pada 5 Jun lalu, seramai 493 orang tampil mengemukakan permohonan dan majoritinya adalah isu kewarganegaraan.

Katanya dalam program MyDaftar yang dilaksanakan pada tahun 2010, seramai 12,000 masyarakat India membuat permohonan kewarganegaraan.

“Bagaimanapun sebanyak 7,000 permohonan diluluskan manakala bakinya masih dalam proses kelulusan dan ada permohonan yang telah ditolak tiada dokumen lengkap yang dikehendaki JPN,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7MUqV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara

Sekianlah artikel Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang Jangan Cakap Kosong, Mana 300,000 Orang India Tiada Warganegara dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pembangkang-jangan-cakap-kosong-mana.html

Subscribe to receive free email updates: