Judul : Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
link : Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
LIMBANG: Seorang pemandu lori berusia 43 tahun maut selepas lorinya jatuh ke dalam gaung di kawasan laluan jalan kayu balak di Jalan Mendamit,Kampung Kuala Mendalam dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, lori yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai George Inau terjatuh kedalam gaung sedalam 25 meter menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.30 dan sepasukan anggota dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari balai.
“Sebaik tiba di lokasi pada jam 8.50 malam, pihaknya mendapati mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dari lori berkenaan namun masih berada dalam gaung.
“Anggota bomba kemudiannya menuruni gaung itu untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHnbEz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
Sekianlah artikel Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pemandu-maut-lori-jatuh-gaung-di-limbang_9.html