Pelayan hotel cerita punca kejadian

Pelayan hotel cerita punca kejadian - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelayan hotel cerita punca kejadian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelayan hotel cerita punca kejadian
link : Pelayan hotel cerita punca kejadian

Baca juga


Pelayan hotel cerita punca kejadian

“Saya mohon maaf sekiranya menghalang laluan makcik sehingga membuatkan dia berang. Tapi saya terkilan dengan sikap dia yang memaki hamun saya tanpa henti. Bagi saya ia boleh diselesaikan dengan cara baik,” kata seorang pemuda Muhamad Hazrul Hisyam Effendie Ismail, 25.

Pelayan hotel di Singapura itu merupakan individu yang dikaitkan dalam satu perselisihan faham antara dua pengguna di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam ke Johor Bahru, di sini, yang tular di laman sosial.

Insiden kira-kira jam 8 malam kelmarin itu tular menerusi video berdurasi 1.12 minit yang menyaksikan pertengkaran mulut antara Muhamad Hazrul Hisyam Effendie bersama seorang wanita yang menaiki kereta Suzuki Swift yang didakwa berpunca akibat halangan di pintu keluar dari kios stesen minyak itu.

Tampil menjelaskan situasi, Muhamad Hazrul Hisyam Effendie berkata, dia yang baru mengeluarkan duit di mesin ATM dalam kedai serbaneka itu telah berhenti di tepi salah satu pintu kaca kerana telefonnya berbunyi.

“Saya bukan berdiri di tengah-tengah laluan. Tapi terkejut dengan nada suara kasar dari belakang ‘bodoh ke duduk di depan pintu ini’.

“Ketika itu saya diam, sebab anggap kesalahan di pihak saya walaupun wanita itu kemudian keluar menggunakan pintu kaca yang sebelah lagi,” katanya.

Apa yang dikesalkannya, ialah bebelan wanita itu tidak habis di situ sahaja, malah sepanjang dia menuju ke keretanya, dia melemparkan kata-kata kurang manis dengan kuat menyebabkan hampir semua orang di situ memandang saya dengan kehairanan.

“Saya malas nak panjangkan cerita, tetapi kemarahan perempuan itu bagaikan tak berpenghujung. Dia terus menerus serang dengan kata-kata.

“Saya ambil gambar kenderaannya dari jauh, namun lelaki di sebelah wanita itu pula mengambil gambar saya dan motor. Jadi saya turut rakamkan video seperti yang tular. Hakikatnya saya tak berniat memanjangkan situasi,” katanya.

Pemuda berasal dari Simpang Renggam itu berkata, rakaman video itu menggambarkan betapa marahnya wanita berkenaan.

“Saya muat naik video untuk dapatkan pandangan kawan-kawan di laman sosial dan tidak menyangka ia ditularkan.

Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Ramadan buat diri saya,” katanya.

The post Pelayan hotel cerita punca kejadian appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sjWxCt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pelayan hotel cerita punca kejadian

Sekianlah artikel Pelayan hotel cerita punca kejadian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelayan hotel cerita punca kejadian dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/pelayan-hotel-cerita-punca-kejadian.html

Subscribe to receive free email updates: