Nilai Ringgit Semakin Pulih

Nilai Ringgit Semakin Pulih - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nilai Ringgit Semakin Pulih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nilai Ringgit Semakin Pulih
link : Nilai Ringgit Semakin Pulih

Baca juga


Nilai Ringgit Semakin Pulih



Beberapa tahun kebelakangan ini, nilai ringgit berbanding dengan mata wang asing dilihat merosot. Pernah suatu ketika, nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) mencecah ke paras RM4.50 pada awal Januari lalu. 

Namun situasi itu sudah berubah dan nilai ringgit dilihat semakin mencatatkan kenaikan, bukan saja dengan dolar AS, tetapi dengan mata wang asing serantau lain. Pelbagai langkah yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai ringgit banyak membantu.

Antaranya adalah pengeksport hanya boleh memegang 25 peratus daripada jumlah hasil eksport dalam bentuk mata wang asing serta menggalakkan kegiatan lindung nilai dalam pasaran tempatan. Langkah diumumkan ini jelas menunjukkan BNM peka terhadap persekitaran pasaran mata wang yang sentiasa meruap.

Perkara ini sedikit sebanyak membantu membina keyakinan terhadap kredibiliti BNM sebagai bank pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar berkaitan makro ekonomi. Hasilnya, dana asing dilihat mula memasuki pasaran tempatan. Kemasukan dana asing bagi pasaran saham sudah pun mencatatkan RM10.5 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mei.

Ini menunjukkan wujud minat belian yang tinggi dalam kalangan pelabur luar negara. Justeru, ia menyebabkan nilai ringgit terus disokong akibat permintaan mata wang ringgit oleh pelabur asing. Selain itu, aliran modal di dalam pasaran bon juga menunjukkan tanda pemulihan selepas mengalami aliran keluar yang besar iaitu RM62.7 bilion bagi tempoh November 2016 sehingga Mac 2017. 

Pelabur dilihat giat membeli bon tempatan apabila aliran masuk dicatatkan RM6.8 billion dan RM10.1 bilion pada April dan Mei. Rizab antarabangsa BNM juga mencatatkan peningkatan hasil kemasukan modal asing dan dagangan antarabangsa. Setakat 31 Mei 2017, rizab antarabangsa berada pada paras AS$98 bilion berbanding AS$94.6 bilion yang dicatatkan akhir 2016.

Untuk rekod, ringgit berbanding AS dolar meningkat 5.2 peratus dan ringgit berbanding dolar Singapura menokok 0.5 peratus antara awal Januari sehingga 8 Jun. Rata-rata penganalisis masa kini mula membuat semakan terhadap unjuran nilai ringgit. Ada yang menyebut nilainya akan meningkat sehingga ke paras RM3.80 bagi setiap AS dolar.

Jika kita imbas kembali, nilai disebutkan tadi seolah-olah tidak tergambar dek fikiran sekiranya unjuran itu disebut pada Disember 2016. Ini kerana sentimen pasaran ketika itu terlalu negatif. Ini disebabkan suasana tidak menentu berikutan pilihanraya di AS, prospek kenaikan kadar faedah di AS, pengunduran United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah dan harga minyak dunia.

Ianya ibarat kita berada dalam sebuah hutan yang mana kita hilang punca untuk mencari jalan keluar lalu sesat di dalam hutan terbabit. Persoalan serta perbahasan mengenai hala tuju sesebuah mata wang sukar untuk kita ramal.

Malah, dalam kalangan penganalisis ekonomi juga ada mengatakan bahawa mata wang ini adalah pembolehubah makro ekonomi yang mustahil untuk diramal berbanding pembolehubah lain. Justeru, mungkin kita perlu menyandarkan kepada hukum alam yang asas seperti setiap perkara ada pasangannya.

Dalam konteks ini, setiap turun pasti naik. Mungkin itulah yang kita perhatikan dalam hal pergerakan mata wang asing ini. Dalam istilah analisis teknikal, berkemungkinan besar ringgit sudah lama berada dalam keadaan oversold. Maka sudah tiba masanya ringgit mengorak langkah ke arah pengukuhan. Oleh itu, prospek ringgit dilihat positif.

Kenaikan kadar faedah di AS dijangka berlaku dalam keadaan perlahan. Perkara ini seharusnya memberi ruang yang cukup bagi isi rumah dan perniagaan di AS untuk menyesuaikan dengan dasar monetari atau kewangan yang lebih ketat (restrictive). Situasi ini seharusnya membantu meningkatkan eksport negara kerana ekonomi global mampu mencatatkan pertumbuhan yang baik.

Di samping itu, harga minyak dunia dijangka stabil sekitar AS$50 setong memberi gambaran bahawa kadar inflasi dijangka lebih terkawal. Justeru, nilai ringgit berbanding dolar AS berkemungkinan akan berlegar sekitar RM4.10 – RM4.20 pada separuh tahun kedua 2017.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2thLuHJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Nilai Ringgit Semakin Pulih

Sekianlah artikel Nilai Ringgit Semakin Pulih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nilai Ringgit Semakin Pulih dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/nilai-ringgit-semakin-pulih.html

Subscribe to receive free email updates: