Judul : Nahas Jempol: Pemandu treler didakwa sebabkan lapan kematian
link : Nahas Jempol: Pemandu treler didakwa sebabkan lapan kematian
Nahas Jempol: Pemandu treler didakwa sebabkan lapan kematian
Tertuduh, Norzailan Omar, 44, membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.
Mengikut pertuduhan, Norzailan didakwa memandu secara berbahaya tanpa mengambil perhatian tentang segala hal termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta lalu lintas yang boleh dijangkakan atau mungkin ada di jalan itu.
Dia didakwa menyebabkan kematian Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52; Masnoraida M.Yussof, 44; Wan Mohd Muhaimin Wan Mohd Fauzi, 21; Wan Nur Athira Wan Mohd Fauzi, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq Wan Mohd Fauzi, 13; Wan Nur Aleesya Wan Mohd Fauzi, 7; Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM20,000 serta lesen memandu digantung selama tiga tahun.Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan Pendakwaraya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, tertuduh meminta dibenarkan ikat jamin paling rendah kerana mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan ke mahkamah serta lesen memandu digantung sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.
Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.
Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua MyVi iaitu Osman dan Rosniza, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan.
Kemalangan yang melibatkan empat kenderaan itu, dipercayai berpunca daripada tindakan treler yang cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
Pemandu treler dan pemandu Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjOty8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Nahas Jempol: Pemandu treler didakwa sebabkan lapan kematian
Anda sekarang membaca artikel Nahas Jempol: Pemandu treler didakwa sebabkan lapan kematian dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/nahas-jempol-pemandu-treler-didakwa.html