Judul : Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan
link : Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan
Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan
8 Jun 2017, Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan isu calon Perdana Menteri harus dibincang secara tertutup bukan secara terbuka.
Muhyiddin anggap jika perkara itu dibincang secara terbuka maka ia akan menimbulkan salah faham, keliru dan menunjukkan pembangkang tidak bersatu.
Sejak masuk dalam pembangkang ini Muhyiddin sudah pandai mengajar pembangkang tentang berahsia. Mungkin ada benarnya nasihat Muhyiddin itu.
Sebab itulah sekarang Muhyiddin masih berahsia tentang dua perkara utama iaitu skandal Nika Gee dan jumlah sebenar keahlian PPBM di seluruh negara.
Rahsia sungguh sebab skandal itu benar berlaku dan berahsia sungguh mengenai keahlian PPBM sebab jumlahnya terlalu kecil dan memalukan untuk diumumkan.
Ingat lagi, semasa dia menjadi orang nombor 2 dalam kerajaan BN, Muhyiddin bukanlah perahsia. Muhyiddin mendedahkan cerita dalam kabinet dan mengutuk orang nombor 1, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.
Dalam satu ucapan di kursus KERIS 2314 di Janda Baik, Pahang sekitar Mei 2015 dengan selambanya Muhyiddin mempertikaikan tentang dana RM2.6 bilion dan isu 1MDB secara terbuka. Sedangkan Muhyiddin sendiri sudah dengar penjelasan dalam mesyuarat MT UMNO.
Dalam mesyuarat jemaah kabinet juga, Perdana Menteri telah edarkan 'factsheet 1MDB' kepada semua menteri untuk meneliti isu berkenaan. Muhyiddin tidak baca agaknya. Muhyiddin lebih suka baca The Edge, WSJ dan Sarawak Report pada masa itu.
Kerana terpengaruh mahu menjadi PM dan menjadikan Mukhriz sebagai TPM, maka Muhyiddin memilih untuk bersama gerakan menjatuhkan Najib yang dibuat oleh Mahathir. Kempen yang mulanya mahu dilakukan secara pergolakan dalaman UMNO itu gagal dilakukan oleh Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir.
Pada 27 Julai 2015, Muhyiddin dalam perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras sekali lagi lantang mengkritik Perdana Menteri dan isu 1MDB. Tidak pula pada ketika itu dia mengambil pendekatan berdiam diri atau berahsia sepeti yang dinasihatkan sekarang pada Pakatan Harapan.
Cita-cita kempen jatuhkan Najib hanya satu pada masa itu, iaitu mahu menjatuhkan Najib dan memberi ruang kepada Muhyiddin bergelar "Perdana Menteri sementara " dan melantik Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kempen ini gagal sepenuhnya hari ini.
Kini bila buat parti sendiri dan bersekongkol dengan pembangkang, Muhyiddin hanya sekadar dijanji jawatan "Menteri Pelajaran" sahaja, bukan lagi "PM Sementara". Jadi lebai malang sungguh Muhyiddin. Parti yang dibuat pun gagal, ramai lari dan tidak puas hati.
Mahathir pun sudah melihat kegagalan Muhyiddin dalam parti PPBM. Nama Muhyiddin langsung tidak diyakini Mahathir untuk ditonjolkan sebagai calon PM.
Bermakna keyakinan dan kepercayaan Mahathir kepada Muhyiddin sudah bolehlah dianggap sebagai tiada lagi. Sampai Mahathir sendiri terpaksa angkat diri dia sendiri jadi calon PM. Penasihat lagi "power" dari Presiden.
Tindakan Muhyiddin mengarah agar Pakatan Harapan berdiam diri soal calon PM adalah satu tindakan silap. Kem Anwar Ibrahim akan membaca gesaan Muhyiddin itu sebagai "suara tidak setuju" Muhyiddin terhadap Anwar sebagai bakal PM.
Apapun yang terjadi, petang ini (Jumaat, 9 Jun 2017) adalah detik penentu segala keputusan siapa yang layak menjadi calon Perdana Menteri. Logo Pakatan Harapan juga akan diputus petang ini.
Semua keputusan ini bukan Muhyddin dan Mahathir yang buat. DAP yang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan. Mereka akan menentukan siapa jadi PM, logo apa dan apa yang perlu dirahsiakan.
Muhyiddin dan Mahathir sepatutnya sedar diri bahawa mereka hanya sekadar penumpang sahaja dalam Pakatan Harapan. Apa kuasa yang ada pada Penasihat dan Presiden yang ada hanya satu kerusi parlimen?
DAP yang paling berkuasa. Silap silap Muhyiddin kena maki sahaja petang ini dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Inilah nasib si lebai malang bernama Muhyiddin. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.
Tulisan :
Beruang Biru
BB462, Jumaat
9 Jun 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSPsX1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Kini Mahu Jadi Perahsia Bila Masuk Pakatan Harapan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/muhyiddin-kini-mahu-jadi-perahsia-bila.html