Judul : Mengaku pukul wanita guna besi
link : Mengaku pukul wanita guna besi
Mengaku pukul wanita guna besi
PELAKON Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salima Zaimon.
Mahkamah turut memerintahkan Lydiawati dikenakan hukuman penjara 14 bulan, jika gagal membayar denda itu.
Lydiawati bagaimanapun sudah membayar denda itu.
Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan bagaimanapun Lydiawati menukar pengakuannya.
Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, dengan memukulnya menggunakan besi di hotel di Ampang, kira-kira 6.30 petang, 24 Mac tahun lalu.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada itu, jika sabit kesalahan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHUhnB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Mengaku pukul wanita guna besi
Anda sekarang membaca artikel Mengaku pukul wanita guna besi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/mengaku-pukul-wanita-guna-besi.html