Judul : Mami..mami..bangun
link : Mami..mami..bangun
Mami..mami..bangun
Mami..mami..bangun|Melihat selipar ibunya di tepi jalan sebelum mendekati sekujur tubuh seorang wanita, iaitu ibunya dan dalam keadaan menangis dia memangil-manggil ibunya- ‘mami…mami…bangun’
Betapa luluh hati Alif Hakimi Abd Razak, 5, selepas ibunya, Aida Mamat, 35, meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk menunggu van menjual ikan dan sayur di tepi kedai berhadapan rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, Kuala Krai hari ini.
Terdahulu, portal berita melaporkan, kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari dan Aida meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Abdullah Ronning ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Alif Hakimi anak kedua Aida, sempat mendengar bunyi jeritan dan brek kereta sebelum keluar dari rumahnya untuk melihat apa yang berlaku.
Turut bersamanya ialah abangnya, Alif Hafizuddin, 7, yang memberitahu ibunya mahu membeli lauk untuk dimasak sebagai juadah mereka berbuka puasa.
“Semalam mami masak gulai ayam kegemaran saya dan adik untuk berbuka puasa. Saya sedih mami pergi begini,” katanya yang memberitahu bersedia menggalas tanggungjawab menjaga Alif Hakimi dan seorang lagi adik mereka, Nurin Najwa, 2, selepas ketiadaan ibu mereka.
Menurutnya, arwah adalah surirumah yang menjaga mereka sepenuh masa, manakala bapanya, Abd Razak Majid, 39, bekerja sebagai mekanik.
The post Mami..mami..bangun appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVJy9K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Mami..mami..bangun
Anda sekarang membaca artikel Mami..mami..bangun dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/mamimamibangun.html